Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER EROPAH

Presiden Real Madrid: Liga Super hanya tertunggak

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Rancangan bagi Liga Super Eropah (ESL) hanya tertunggak dan belum lagi terhapus, kata presiden Real Madrid Florentino Perez, yang juga pengerusi pertama liga tersebut.



Ini walau sembilan daripada 12 pasukan pengasas telah menarik diri, kata beliau lagi.



Enam pasukan Liga Perdana England (EPL) antara anggota pengasas yang mengundur diri, selepas langkah menubuhkan pertandingan serantau itu dikecam hebat oleh penyokong, pemain dan tokoh politik.



Kelab La Liga Sepanyol Atletico Madrid dan dua kelab Serie A Italy AC Milan dan Inter Milan juga telah menarik diri.



"Kami akan meneruskan usaha ini," kata Perez.



"Projek ini kini tertunggak sahaja."



Bagi menentang pembentukan ESL, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) telah mengusul supaya format Liga Juara-Juara Eropah diperluas untuk melibatkan lebih banyak pasukan.



Kelmarin, pemain midfield Manchester City Ilkay Gundogan berkata beliau prihatin dengan format baru yang diusul bagi Liga Juara-Juara kerana ia setakat menambah bilangan perlawanan dan serupa dengan ESL, tetapi tidak seburuknya.



Real, Barcelona dan Juventus belum lagi menarik diri dari ESL, meskipun pengerusi Juventus Andrea Agnelli berkata projek itu tidak lagi boleh diteruskan.



Bersependapat dengan Perez, Joan Laporta berkata pertandingan yang baru diperlukan untuk memastikan kedudukan kewangan permainan ini sihat.



"Kami akan bercakap lebih mendalam tentang perkara ini apabila tiba masanya, tetapi buat masa ini, kami faham ada keperluan untuk mengadakannya, dan anggota kita akan diberikan kata putus," kata Laporta, bercakap dalam wawancara televisyen.



"Kelab-kelab yang besar memberi sumbangan besar dan adalah amat perlu kita mempunyai pengaruh tentang bagaimana wang diagihkan dalam bola sepak Eropah.



Laporta dinamakan sebagai presiden Barcelona buat kali kedua pada bulan lalu, mengambil alih kepimpinan kelab yang menanggung hutang yang banyak.



Javier Tebas, presiden La Liga berkata:



"Jika ESL suatu yang baik bagi bola sepak, sebagaimana yang dikatakan oleh Perez, mereka tidak akan cuba memperkenalkannya secara sulit."



Namun, beliau berkata La Liga tidak akan mengenakan hukuman terhadap kelab-kelab yang terlibat dengan ESL.



"Kita tidak berbincang mengenai perkara itu... ada prosedur dan kami berfikir jangka panjang.



"Lagipun, kelab-kelab itu telah dihukum oleh penyokong mereka sendiri," kata Tebas. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >