Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Presiden sementara Persekutuan Pencak Silat Asia dilantik

Mar 28, 2024 | 12:11 PM



Presiden Persekutuan Pencak Silat Asia (Apsif), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, kini berada di bawah “cuti ketidakhadiran sehingga masa hadapan yang tidak dijangka”, menurut Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat).

Tugas Sheik, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), diambil alih presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Megat Zulkarnain Omardin.

Megat Zulkarnain dilantik oleh Persilat sebagai presiden sementara Apsif setelah keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Pengasas Persilat pada 1 Mac. 

Sheik sudah menggalas peranan tersebut sejak penubuhan Apsif pada 2011.

Pada November 2023, bekas juara dunia dua kali Singapura itu ditahan atas dakwaan pecah amanah. Difahamkan Sheik kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Menurut satu surat kiriman Persilat kepada Megat Zulkarnain, yang dimuat naik di laman Facebook Pesaka pada 21 Mac, persekutuan antarabangsa itu berkata:

“Disebabkan status cuti ketidakhadiran (LOA) presiden semasa Persekutuan Pencak Silat Asia, Dr Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, sehingga masa hadapan yang tidak dijangka, Mesyuarat Pengasas pada 1 Mac 2024 memutuskan melantik anda, Senator Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, sebagai presiden sementara Apsif.”

Surat pelantikan itu bertarikh pada 8 Mac.

Sebagai presiden sementara Apsif, Megat Zulkarnain ditugaskan membuat persediaan bagi Kongres Luar Biasa persekutuan Asia itu, yang bertujuan melantik presiden barunya, kata Persilat.

“Adalah dijangka dalam tempoh dua bulan anda boleh mengadakan Kongres Luar Biasa Apsif dan pada Mei 2024, presiden baru Apsif akan memulakan tugasnya,” tambah pertubuhan dunia sukan silat itu. 

Berita Harian telah menghubungi Persilat dan Persisi untuk mendapatkan komen mereka.


Dalam pos Facebook sama yang dimuat naik Pesaka pada 21 Mac, persekutuan silat Malaysia itu turut mengesahkan Megat Zulkarnain sebagai presiden Persekutuan Pencak Silat Komanwel (CPSF).

Pelantikan itu diputuskan semasa Mesyuarat Pengasas Persilat pada 9 Oktober 2023.

“Sebagai persekutuan baru, tanggungjawab anda adalah untuk membangunkan struktur pertubuhan CPSF,” kata Persilat dalam surat kiriman kepada Megat Zulkarnain yang bertarikh 15 Oktober 2023.

“Pertubuhan ini harus mewakili kepelbagaian negara-negara Komanwel. Tambahan itu, anda perlu mengetuai CPSF membangunkan Perlembagaan CPSF,” tulisnya lagi.

Persekutuan Komanwel itu dianggotai 55 negara.

Namun begitu, tidak jelas sama ada penubuhan CPSF ada kaitan dengan kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, sebelum negara Asia Tenggara itu menolak tawaran penganjuran temasya sukan tersebut pada 22 Mac atas sebab kos dan dana yang tidak mencukupi. 

Malaysia diminta mengambil alih penganjuran selepas negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah, memberi sebab kos yang meningkat, dengan Persekutuan Sukan Komanwel menawarkan £100 juta ($170 juta) sebagai dana sokongan.

Sukan silat belum pernah dipertandingkan di Sukan Komanwel, tetapi adalah salah satu daripada empat sukan pameran yang ditampilkan dalam Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Setakat ini, pentas temasya terbesar silat ialah Sukan Asia, yang menyaksikan sukan seni mempertahankan diri Nusantara itu hanya disertakan sekali pada edisi 2018 di Jakarta, Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >