DENGAN pengalaman meluas para pemain Bayern Munich dalam perlawanan-perlawanan penting pertandingan Eropah, kelab Jerman itu melangkah ke perlawanan akhir awal pagi ini (3 pagi, waktu Singapura) sebagai pasukan pilihan.

Kejayaan 3-0 ke atas kelab Perancis, Lyon, bermakna pasukan pimpinan Hans-Dieter Flick itu akhirnya berjaya ke perlawanan akhir setelah empat kali tewas dalam perlawanan separuh akhir berturut-turut sebelum ini.