Premium
Ronaldo kunci kemenangan REAL
May 21, 2018 | 5:30 AM
USIA BUKAN HALANGAN: Cristiano Ronaldo telah mengubah corak permainannya mengikut keupayaan yang berubah dengan usia yang meningkat. Beliau kini tidak lagi berlari pecut sepanjang perlawanan, tetapi menanti saat-saat yang tertentu untuk berbuat demikian dan mengambil kesempatan kealpaan lawan. - Foto AFP -
LEBIH daripada meraih kemenangan di final Liga Juara-Juara Eropah di Kiev Sabtu ini, Real Madrid mengimpikan trofi idaman itu demi memecah rekod sendiri dan mencatat hatrik kemenangan dalam pertandingan tersebut.
Ini final ketiga dalam tiga musim berturut-turut bagi Real yang telah menjulang trofi itu sejak dua musim lalu.

