MORDOVIA (Russia): Meskipun pada usia 33 tahun, bintang Cristiano Ronaldo masih menyinar dan tampak seperti ia sukar dipudarkan.

Pada usia prestasi kebanyakan pemain mula merosot, Ronaldo masih menunjukkan bahawa beliau mampu menjadi pemain terbaik dalam pertandingan itu seperti yang dibuktikan dalam dua perlawanan terakhir Portugal.