Topik diikuti
Pergi ke BHkuAlves 'senjata' Juventus lawan Barcelona
Premium
Alves 'senjata' Juventus lawan Barcelona
Apr 11, 2017 | 5:30 AM
Alves 'senjata' Juventus lawan Barcelona
TUNGGAK JUVENTUS: Dani Alves pemain kedua paling berjaya dalam kejohanan di Eropah di belakang legenda AC Milan, Paolo Maldini. - Foto REUTERS -
MILAN: Dani Alves tidak pernah segan melahirkan prinsip kehidupannya, dan Juventus pastinya mengharapkan yang terbaik daripada tunggak bek kanan itu apabila menentang bekas kelabnya, Barcelona, dalam pusingan suku akhir Liga Juara-Juara hari ini (2.40 pagi esok waktu Singapura).
Sekitar sebulan selepas mencapai kemenangan 'ajaib' agregat 6-5 - menyusuli kekalahan 0-4 dalam pertemuan pertama di padang Paris Saint-Germain (PSG) - impian kelab gergasi Sepanyol itu menjulang satu lagi mahkota Eropah terus menyala menjelang pertemuan pertama peringkat suku akhir di Turin.
