Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU MANCHESTER UNITED LWN NEWCASTLE

United, Newcastle harus bukti kehebatan

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: 15 mata selepas lapan perlawanan dan menduduki tangga ke-5 merupakan perkembangan positif bagi Manchester United menyusuli mimpi buruk yang dilalui musim lalu, dan berlarutan hingga dua perlawanan pertama musim ini.



Pengurus United, Erik Ten Hag, menyifatkannya sebagai kemajuan yang memuaskan dengan para pemain secara berperingkat memahami corak permainan yang mahu beliau perkenalkan.



Justeru, kemajuan itu harus diteruskan dengan tiga mata penuh menentang Newcastle United, pasukan yang diramalkan ramai sebagai akan menembusi kumpulan 'top six' atau enam kelab paling kuat England, ekoran pelaburan besar dari Arab Saudi musim ini.



"Newcastle adalah pasukan yang baik. Berdisiplin dari segi pertahanan dan rancak di bahagian serangan," kata Ten Hag.



"Seperti kami, mereka juga mempunyai projek tertentu dan sedang berusaha secara berperingkat mencapai sasaran projek mereka itu," tambah beliau.



Kemenangan ke atas Newcastle akan memastikan United memperkukuh kedudukannya di tangga ke-5 dengan pasukan pimpinan Eddie Howe itu hanya satu mata di belakang mereka, di tangga ke-6.



Namun, pengurus muda Newcastle itu tidak mahu pemainnya memikirkan mengenai kedudukan liga buat masa ini. Sebaliknya fokus kepada memperbaiki persembahan dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya.



"Terlalu awal untuk memikirkan soal kedudukan...kami harus fokus pada diri sendiri. Memperbaiki persembahan dalam setiap perlawanan. Memperbaiki persefahaman.



"Ia adalah satu proses dan semua dalam kelab ini memahami langkah-langkah yang perlu diambil dalam proses ini," ujar Howe lagi.



Pengulas bola sepak, Michael Owen, yang pernah mewakili kededua United dan Newcastle berkata para peminat boleh menjangkakan perlawanan yang hebat antara dua pasukan ini.



Newcastle menurutnya bermain dengan satu keyakinan baru, hasil suasana positif yang menyelubungi kelab tersebut.



United pula sedang beransur-ansur menemui momentum, corak dan rentak permainan mereka.



"Setelah menang menentang Everton, United mahu terus memastikan kekalahan teruk menentang Manchester City adalah satu keadaan 'fluke' atau berlaku sekali sahaja.



"Ten Hag mahu pemainnya menggariskan dominasi mereka, kerana persembahan dominan juga diperlukan untuk menyemarakkan keyakinan pemain United," kata Owen, yang memenangi kejuaraan liga bersama United pada 2011.



Bersetuju, bekas kapten United, Gary Neville, pula berkata beliau teruja melihat bagaimana United dan Newcastle menghadapi perlawanan malam ini (9 malam waktu Singapura).



United menurutnya perlu menguasai 'midfield' dan menentukan rentak permainan manakala Newcastle mempunyai pemain yang boleh 'menghukum' mereka dalam serangan balas.



"Saya tak sabar melihat bagaimana Ten Hag dan Howe menghadapi perlawanan ini. Apa yang akan mereka lakukan untuk menangani kekuatan pasukan lawan, atau adakah mereka hanya akan memberi tumpuan kepada kekuatan pasukan sendiri.



"Manchester United dan Newcastle, secara tradisi, sering menjanjikan satu perlawanan yang hebat. Dan saya rasa besar kemungkinan serupa malam ini," ujarnya. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >