Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program badminton bagi kanak-kanak di rumah tumpangan

SBA dan Borden Eagle lancar EagleCares
Feb 11, 2021 | 5:30 AM
BANTU KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN: (Dari kiri) Speaker Parlimen Encik Tan Chuan Jin; pemain badminton nasional, Loh Kean Yew; Pengarah Kumpulan Borden Eagle Group, Encik Adam Yeo; Presiden Halimah Yacob; suami Presiden yang juga penaung tertinggi SBA, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Presiden Jamiyah Dr Mohd Hasbi Abu Bakar; Presiden SBA,Encik Lawrence Leow; dan Komander Salvation Army bagi Singapura, Malaysia dan Myanmar Kolonel Rodney S. Walters, ketika pelancaran Program Badminton EagleCares semalam. - Foto: PERSATUAN BADMINTON SINGAPURA
BANTU KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN: (Dari kiri) Speaker Parlimen Encik Tan Chuan Jin; pemain badminton nasional, Loh Kean Yew; Pengarah Kumpulan Borden Eagle Group, Encik Adam Yeo; Presiden Halimah Yacob; suami Presiden yang juga penaung tertinggi SBA, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Presiden Jamiyah Dr Mohd Hasbi Abu Bakar; Presiden SBA,Encik Lawrence Leow; dan Komander Salvation Army bagi Singapura, Malaysia dan Myanmar Kolonel Rodney S. Walters, ketika pelancaran Program Badminton EagleCares semalam. - Foto: PERSATUAN BADMINTON SINGAPURA -

PERSATUAN Badminton Singapura (SBA)dan Kumpulan Borden Eagle - sebuah jenama tempatan yang terkemuka dan penghasil minyak kapak Eagle, telah melancarkan sebuah inisiatif bagi memberi manfaat kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan di Singapura semalam.

Program itu, yang dinamakan Program Badminton EagleCares dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-100 Kumpulan Borden Eagle.

Sebuah buku bagi memperingati 100 tahun firma itu telah beroperasi juga telah dilancarkan semalam.

Program EagleCares bertujuan mendedahkan sukan berkenaan kepada kanak-kanak yang menetap di beberapa rumah tumpangan yang tertentu.

Antara penerima program berkenaan ialah kanak-kanak daripada Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa Jamiyah dan rumah tumpangan Gracehaven serta Haven yang dikendalikan oleh pertubuhan Salvation Army.

Program masyarakat itu akan diadakan setiap bulan dan setiap peserta akan membabitkan diri dalam aktiviti sukan tersebut selama dua jam di dewan sukan badminton.

Setiap peserta juga akan menerima baju serta peralatan sukan tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka mendalami sukan itu.

Ini termasuk menerima bimbingan oleh pemain nasional badminton seperti Loh kean Yew.

Acara pelancaran program tersebut di OCBC Arena semalam dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Speaker Parlimen Encik Tan Chuan Jin.

Mereka menyaksikan penyerahan cek bernilai $200,000 daripada pengarah Kumpulan Borden Eagle, Encik Adam Yeo kepada Presiden SBA, Encik Lawrence Leow.

Menyusuli program EagleCares itu, Encik Leow berkata:

"Saya ingin berterima kasih kepada pihak Borden atas sokongan dan keyakinan yang diberikan kepada kami serta bekerjasama dengan kami untuk tujuan yang amat bermakna ini.

"Wang yang didermakan pada hari ini, akan dapat melakukan yang terbaik kepada masyarakat, sambil menyokongi program pembangunan SBA sedang kami bersiap sedia untuk memberi tumpuan dan menganjurkan semula, sistem dan struktur kami di bawah Pelan Induk Visi 2025 kami.

"Pelan induk bagi tempoh lima tahun ini menyatu padukan fraterniti badminton (setempat) untuk membangunkan sebuah peta jalan bagi memastikan SBA kekal relevan dan kompetitif."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg