Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Program bola jaring bawa keceriaan bagi penghuni Pertapis

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



PERNAH bermain bola jaring sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah menengah, Jane (bukan nama sebenar) tahu betapa seronoknya sukan itu dan rindukan sukan itu sejak beliau menamatkan pengajian dua tahun lalu.



Oleh itu, apabila ia diperkenalkan sebagai aktiviti akhir tahun kepada penduduk Pusat Wanita dan Gadis Remaja Pertapis (PCWG) bulan lalu, beliau berasa teruja.



Katanya: "Saya sangat teruja. Saya menyukainya kerana ia sukan yang boleh disertai ramai dan saya suka pelbagai gerakannya semasa di gelanggang.



"Kita perlu belajar mengenai komunikasi dan kerjasama. Dalam sukan, kita juga lalui kesusahan bersama. Sesetengah daripada mereka (penduduk lain) belum pernah mencuba sukan itu, jadi saya cuba mengajar mereka semampu boleh."



Program itu dianjurkan Netball Singapura dan ditaja oleh kumpulan prasekolah global, Babilou Family.



Mereka menyediakan jurulatih dan peralatan seperti bola, bib dan galah dalam program itu.



Sesi latihan pertama berlangsung pada 8 November. Sesi latihan itu sepatutnya diadakan setiap minggu, tetapi selepas sesi latihan pertama, pengurusan Pertapis meminta untuk meningkatkan lagi sesi dan ia dijalankan dua kali seminggu.



Jurulatih Siti Hajar Haron dan Fatin Nurdiyana mengongsi mengenai kemajuan yang dicapai oleh pemain di dalam program itu.



"Kini mereka datang tepat pada waktunya. Mereka akan memanaskan badan sebelum kami tiba. Ada juga bertanya bila mereka boleh bermain. Mereka tak sabar mahu memulakan latihan," kata Fatin.



"Ada kepuasan apabila kami dapat lihat kemajuan mereka... kami bukan sahaja mengajar mereka kemahiran bola jaring, malah mengajar mereka mengenai disiplin, hormat antara satu sama lain dan kesabaran," kata Siti.



Jurulatih-jurulatih itu juga berhasrat merujuk mereka yang berhasrat untuk melanjutkan minat dalam sukan itu ke kelab-kelab yang bersesuaian.



Timbalan ketua pusat itu Sarah Sulaiman berkata 40 peserta berusia 13 hingga 19 tahun itu telah mendapat manfaat daripada sesi itu kerana mereka dapat belajar sambil bersenam.



Semasa sesi itu, beliau melihat penduduk yang lebih berumur melatih penduduk yang lebih muda dari mereka. Yang lain juga turut bersorak bersama untuk mendorong satu sama lain sepanjang latihan.



Cik Sarah, 27 tahun, berkata: "Seronok melihat mereka memberi motivasi dan menggalakkan antara satu sama lain. Ia mengajar mereka disiplin dan memastikan mereka terlibat dalam aktiviti yang bermakna. Sukan juga membina daya tahan emosi dan semangat berpasukan.



"Para peserta menghabiskan 80 peratus masa mereka bersama, jadi ia penting untuk menerapkan nilai-nilai positif ini melalui bersukan."



Program ini akan berjalan selama setahun, dengan sesi diadakan dua kali seminggu semasa cuti sekolah, tetapi Cik Sarah berharap sesi dapat diadakan dua minggu sekali dalam penggal sekolah dan ia boleh diteruskan selepas setahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >