Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek bangun pasukan goalball baru dilancar

Apr 24, 2023 | 5:30 AM
INGIN DEKATI LEBIH BANYAK PEMAIN: Dua pemain goalball 'terbaring' semasa cuba menyelamatkan bola di acara 'Play Inclusive' yang diadakan di Arena OCBC pada 2022. SDSC kini ingin mendekati lebih banyak belia kurang penglihatan untuk mendekatkan mereka dengan sukan Goalball. - Foto fail
INGIN DEKATI LEBIH BANYAK PEMAIN: Dua pemain goalball 'terbaring' semasa cuba menyelamatkan bola di acara 'Play Inclusive' yang diadakan di Arena OCBC pada 2022. SDSC kini ingin mendekati lebih banyak belia kurang penglihatan untuk mendekatkan mereka dengan sukan Goalball. - Foto fail -

MAJLIS Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) telah melancarkan projek yang bertujuan membangun pasukan goalball negara baru bagi Sukan Para Asean (APG) 2029 yang akan diadakan di sini.

Dinamakan Goalball 29, projek yang ditaja oleh Certis itu dilancarkan pada Khamis di Sekolah Lighthouse, yang pelajarnya mengalami kekurangan penglihatan dan pendengaran.

Goalball ialah sukan bagi orang kurang penglihatan dan dimainkan dalam pasukan tiga anggota.

Setiap pasukan mengumpul mata dengan cara menggulingkan bola ke gawang lawan.

Projek itu, yang dimulakan menyusuli pencapaian pasukan goalball wanita negara memenangi pingat perak di APG 2022, bertujuan mendekati sekurang-kurangnya 120 belia kurang penglihatan dari seluruh negara.

SDSC berharap dapat menggunakan pencapaian pada 2022 itu untuk meraih pencapaian lebih besar di masa depan, dengan sokongan Certis yang memperbaharui tajaan bernilai $30,000 bagi program 'Dare to Dream' itu.

Selain Goalball29, program bagi 2023 juga memuatkan Cabaran Superhero Certis, yang memadankan orang kurang upaya dengan sukan yang sesuai untuk membantu mereka menjadi lebih aktif.

Presiden SDSC, Teo-Koh Sock Miang, berkata:

"Inisiatif Goalball29 akan memberikan sumbangan yang penting dalam usaha menjadikan masyarakat kita lebih inklusif.

"Dengan cara yang sama, Cabaran Superhero Certis menyediakan peluang bagi orang kurang upaya untuk melibatkan diri dalam sukan dan menjalani gaya hidup lebih sihat."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg