Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Projek 'Unleash The Roar' bakal dilancar, pertingkat bola sepak tempatan

Mar 08, 2021 | 11:00 PM



SEBUAH projek nasional bagi membangun dunia bola sepak Singapura yang dipanggil Unleash the Roar akan dilancarkan, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Parlimen pada Isnin (8 Mac).



Menekankan bahawa bola sepak adalah sukan dengan “daya tarikan ramai” serta merupakan sukan berpasukan yang paling banyak disertai penduduk di Singapura, keprihatinan Encik Tong wujud apabila arah tujunya tidak sepertimana yang diharapkan.



Namun, beliau yakin kerjasama seisi masyarakat akan dapat mempertingkatkan sukan ini ke arah kecemerlangan.



“Sebuah pasukan nasional yang dapat menunjukkan keupayaan pada peringkat tertinggi memperkukuh berbilang laluan kejayaan buat Singapura dan merupakan sumber kebanggaan negara...Bola sepak di sini belum agak mencapai ke tahap yang kita inginkan.



“Kita boleh buat lebih lagi dan lebih baik lagi bagi mengembalikan semangat ‘Sorakan Kallang’ dan memberikan pemain muda pasukan nasional kita setiap peluang mengejar impian mereka,” kata Encik Tong.



Projek ini ada kaitan dengan matlamat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) melayakkan pasukan nasional bagi Piala Dunia Fifa 2034.



Misi ini diumumkan Encik Tong kepada akhbar The Straits Times pada Ogos 2019 ketika menggalas amanah sebagai naib presiden FAS.



Matlamat yang ditetapkan itu mencetus pujian dan kritikan masyarakat dan peminat bola sepak dengan sesetengah daripada mereka berkata projek Misi 2010 yang dibentangkan pada 1998 juga gagal.



Matlamat projek baru ini ialah mewujudkan peluang buat lebih ramai kanak-kanak lelaki dan perempuan melalui latihan bola sepak bermutu tinggi yang berkesinambungan dan berstruktur.



Laluan khusus buat bakat bola sepak akan disediakan bagi mereka yang bercita-cita bermain bola secara profesional.



Fasa pertama projek ini akan dimulakan dalam tempoh dua tahun mendatang bagi menyediakan asas buat pasukan bola sepak merentasi peringkat usia agar lebih bersaing di padang serantau dan antarabangsa.



Pelaksanaan projek baru ini akan fokus pada lapan tunggak. Antaranya ialah Kurikulum Bola Sepak Nasional yang akan diterapkan di sekolah rendah.



Orang ramai serta kelab bola sepak dan akademi awam dan swasta juga diberi kemudahan memanfaatkan kurikulum bola sepak ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >