Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Promosi pakej EPL StarHub dilanjut hingga 30 Jun

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



PEMINAT bola sepak Liga Perdana England (EPL) kini mempunyai masa hingga 30 Jun untuk mendaftar bagi perkhidmatan StarHub Premier+ pada kadar harga awal.



Lanjutan tersebut, kata syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan semalam, akan memberi pelanggan "masa mencukupi untuk menamatkan perjanjian perkhidmatan TV Berbayar mereka dengan syarikat penyedia sedia ada, sambil mengelakkan caj tamat awal".



Ia menambah bahawa langkah itu "sebagai respons kepada sambutan memberangsangkan" bagi khidmat over-the-top Premier+, yang bermula pada harga $19.99 sebulan.



Promosi awal itu pada mulanya ditawarkan kepada 25,000 pendaftaran pertama (terdiri daripada pelanggan sedia ada dan baru). Ia mendapat sambutan "luar biasa" dan StarHub melanjutkan tarikh akhir kepada 19 Jun.



Harga bulanan $19.99 ditawarkan bersama pelan telefon pascabayar, jalur lebar atau TV StarHub bagi pelanggan baru dan sedia ada StarHub.



Harga pakej biasa $24.99 sebulan. Sekiranya pelanggan melanggani pakej Premier+ tanpa sebarang pelan StarHub lain, ia akan ditawarkan pada harga $34.99 sebulan sepanjang tempoh promosi, berbanding harga biasa $39.99 sebulan.



Februari lalu, StarHub menjadi penyiaran EPL di Singapura selama enam musim, bermula dengan musim 2022-2023 yang bermula pada Ogos.



Ia mengambil alih daripada Singtel, yang memegang hak penyiaran EPL bagi Singapura 12 tahun berturut-turut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >