Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Protes 'tutup mulut' Jerman makan diri

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



QATAR: Pasukan Jerman melakukan bantahan senyap terhadap hos Piala Dunia, Qatar, serta badan pentadbir bola sepak kelmarin, dengan bergambar sambil menutup mulut mereka.



Ia sebagai lambang terhadap isu-isu hak kemanusiaan yang dianggap pasukan itu sebagai tidak boleh diketepikan.



Kesemua kesebelasan utama Jerman melakukan aksi menutup mulut itu semasa sesi bergambar berlangsung.



Tindakan pasukan Jerman itu dibuat sebelum pertemuan antara pasukan itu dengan Jepun yang berkesudahan dengan Jepun menang 2-1.



Kapten pasukan daripada beberapa pasukan Eropah telah merancang untuk memakai sarung lengan "One Love" sebagai langkah menyokong kempen One Love bagi hak kemanusiaan.



Namun persekutuan bola sepak semua pasukan mematuhi arahan Fifa agar tidak membawa masuk mesej sedemikian dalam perlawanan mereka, sambil mendapat ancaman untuk dihukum.



Fifa telah mengeluarkan arahan untuk mengenakan sekatan kesukanan terhadap mana-mana pemain yang memakai sarung lengan itu sebagai alasan bahawa slogan politik tidak dibenarkan.



Jerman sebaliknya tidak berputus asa yang kemudian melakukannya dengan cara yang berlainan.



Malah pasukan itu mendesak bahawa motif mereka berbuat demikian bukan berbaur politik.



Jurulatih Jerman, Hansi Flock dan Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Bernd Nuendorf antara yang lantang mengkritik keputusan FIFA itu.



Menteri Dalam Negeri Jerman, Cik Nancy Faesar pula bertindak biadab dengan tetap memakai lilitan tersebut di tempat duduk penonton ketika perlawanan sedang berlangsung.



Keangkuhan Jerman itu akhirnya memakan diri apabila tewas mengejut kepada Jepun dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Ritsu Doan dan Takuma Asano pada babak kedua permainan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >