Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

PSG gigit jari lagi

Pochettino akur hadapi 'minggu sukar' selepas pasukan tersingkir melalui hatrik sensasi Benzema yang bantu Real mara
Mar 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Mauricio Pochettino berkata beberapa minggu akan datang ini adalah sukar baginya selepas pasukannya Paris St-Germain (PSG) mensesiakan kelebihan agregat 2-0 dan tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah dinihari semalam.



PSG tewas 1-3 di Stadium Bernabeu di Madrid, yang bermakna ia tewas 3-2 melalui kiraan agregat. anak didik Pochettino memenangi perlawanan pertama di Paris dengan jaringan 1-0.



Namun, perlawanan bermula dengan baik bagi PSG selepas ia menggandakan kelebihan agregat kepada 2-0 melalui gol percubaan Kylian Mbappe.



Namun, PSG tidak mempunyai jawapan apabila Karim Benzema menjaringkan hatrik dalam masa 17 minit separuh masa kedua, dan akhirnya tersingkir dari pertandingan yang menjadi sasarannya buat sekian lama.



"Gol pertama (Real) mengubah corak perlawanan," kata Pochettino.



"Bagi sejam pertama, kami beraksi lebih baik dari Real Madrid. Namun menyusuli gol itu, suasana dalam stadium berubah dan kami membuat beberapa kesilapan.



"Ini adalah perasaan yang paling sukar ditelan... kerana kami beraksi lebih baik bagi sebahagian besar perlawanan, tetapi tewas dalam masa 10 minit.



"PSG telah memburu Liga Juara-Juara buat sekian lama. Tapi perkara seperti ini boleh berlaku. Tempoh beberapa minggu akan datang adalah sukar bagi kami."



Sejak PSG diambil alih oleh pemilik dari Qatar pada 2011, ia telah membentuk pasukan yang padat bintang, masing-masing dibeli dengan harga tinggi dan dibayar gaji lumayan.



Namun impian memenangi Liga Juara-Juara - yang dianggap pertandingan terunggul antara kelab di dunia - berulang kali telah terhapus, walaupun kelab itu berada dalam kedudukan untuk menang.



Ini termasuk dalam 2017, apabila ia dibelasah 1-6 oleh Barcelona dan pada 2019, apabila ia kalah kepada Manchester United.



Dalam satu lagi perlawanan, Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kiraan agregat walaupun diikat 0-0 di Stadium Etihad oleh Sporting Lisbon.



City telah memenangi perlawanan pertama di Lisbon 5-0.



Bercakap kepada wartawan di akhir perlawanan itu, pengurus City, Pep Guardiola, berkata beliau telah belajar untuk "menikmati saat-saat indah" seperti kejayaan mara ke suku akhir ini.



Ini adalah kali kelima berturut-turut City mara ke suku akhir dan secara peribadi, Guardiola telah memimpin sebuah pasukan ke peringkat ini sebanyak 12 kali - pencapaian yang menyamai rekod.



Guardiola berkata:



"Saya kini tahu bagaimana hendak menikmati saat ini. Apabila saya melangkah ke suku akhir... saya akan menikmati saat itu. Apabila saya melangkah ke peringkat lain... saya akan menikmatinya juga kerana ia adalah pencapaian yang sukar. Tapi selepas kami menikmati detik ini, kami perlu mengalihkan tumpuan kepada Liga Perdana England dan cabaran lain."



Undian bagi perlawanan suku akhir dijadual pada 18 Mac nanti. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >