Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PSG minat dapatkan Salah

May 11, 2021 | 5:30 AM
Foto EPA-EFE
Foto EPA-EFE -

PARIS ST-GERMAIN dikatakan berminat mendapatkan khidmat penyerang Mesir, Mohamad Salah, 28 tahun, sekiranya penyerang bintang mereka, Kylian Mbappe, menolak tawaran kelab itu menyambung kontraknya.

Salah, 28 tahun, dikatakan keberatan meninggalkan Liverpool namun sumber-sumber yang rapat dengan kelab Anfield itu berkata pemain tersebut bersedia 'bertukar angin' ke ibu kota Perancis itu jika Liverpool gagal melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.

"Tentunya Salah tidak gembira dengan kelakonan beliau dan pasukannya musim ini," kata sumber-sumber kelab tersebut.

Di samping itu, Liverpool juga dikatakan mungkin berminat sekiranya tawaran yang dibuat PSG itu membolehkan mereka melabur dalam skuad secara lebih menyeluruh.

"Liverpool tahu mereka perlu menyegarkan pasukan ini untuk cabaran musim depan. Wang dari penjualan pemain diperlukan dan tiada yang dapat menarik tawaran lebih besar dari Salah," ujar sumber itu lagi. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg