Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET TUMPUAN DI SUKAN SEA

Puas hati rangkul perak kini Ardi fokus Sukan Asia

Edisi Sukan SEA ke-32 di Kemboja melabuhkan tirainya pada Rabu. BERITA HARIAN menyingkap bakat-bakat muda yang berjaya mengharumkan nama negara.
May 22, 2023 | 05:30 AM



KURANG tiga hari selepas pulang dari temasya Sukan SEA Kemboja, atlet renang Singapura, Ardi Zulhilmi Mohamed Azman, sudah mula meneruskan persekolahannya.



Sungguhpun baru saja tamat salah satu temasya sukan utama, tumpuannya kini beralih kepada melakukan yang terbaik pula dalam pelajaran.



Demikian kegigihan yang dipaparkan pelajar tahun akhir jurusan pemasaran Politeknik Temasek (TP) di luar dan di dalam kolam renang.



Maka tidak hairanlah berkat kegigihan tersebut, ia telah membolehkan beliau untuk mengutip pingat pertamanya dalam Sukan SEA.



Ini kali kedua beliau tampil dalam temasya sukan itu selepas membuat penampilan sulung pada edisi sebelum ini di Vietnam.



Beliau berjaya meraih pingat perak melalui acara ganti-ganti (relay) gaya bebas lelaki 4 x 200 meter - yang turut dianggotai Jonathan Tan, Glen Lim dan Darren Chua - dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 7 minit 21.50 saat.



Bukan itu saja, beliau turut mencatatkan dua masa Peribadi Terbaik (PB) dalam acara berasingan - yang pertama medley individu 400 meter dengan catatan masa 4 minit 30.81 saat dan kedua acara gaya bebas 200 meter dengan catatan masa 1 minit 50.33 saat.



Mengulas berkenaan pingat pertamanya, jejaka berusia 20 tahun itu berkata: "Perlumbaan tersebut amat sengit kerana kedudukan kami dengan negara-negara lain amat dekat.



"Kami inginkan kilauan emas tetapi saya rasa ia permulaan baik memandangkan ia acara pertama bagi sukan renang dan menjadi pemangkin keyakinan."



Ardi berkata berbanding penampilan sulungnya dalam edisi Sukan SEA di Vietnam pada 2022, edisi kali ini menyaksikan beliau memasuki pertandingan dengan tahap keyakinan lebih jitu.



Hal demikian dapat disaksikan dalam acara medley individu 400 meter lelaki yang disertainya, di mana sejurus selepas mencapai garisan penamat, beliau menoleh ke arah papan masa untuk mencari masa catatannya.



Beliau menambah medley - gabungan empat gaya renang yang berbeza iaitu kuak lentang, kuak dada, gaya kupu-kupu dan gaya bebas - merupakan salah satu acara paling sukar dalam sukan renang dan kekuatannya pula terletak pada renang gaya bebas.



Justeru, sebahagian besar latihan lebih ditumpukan kepada gaya bebas berbanding medley.



"Saya ingat bahawa selepas perlumbaan, saya tercungap-cungap untuk ambil nafas dan sedang tercari-cari masa catatan di papan layar.



"Saya rasa gembira dan berasa positif bahawa kegigihan saya berhasil," jelas beliau.



Pencapaian tersebut lebih manis bagi Ardi kerana ibu bapa beliau ada dalam kalangan penonton yang menyaksikannya di Kemboja.



Justeru, ia menyuntik motivasi tambahan untuk lakukan yang terbaik kerana beliau sedia maklum ibu bapanya telah banyak membuat pengorbanan sejak mula-mula lagi beliau berkecimpung dalam sukan renang.



Dalam pada itu, beliau berkata beliau kini akan berehat sebentar dan tumpukan kepada kerja sekolahnya sebelum mengalihkan fokus kepada Sukan Asia pada September nanti.



"Saya rasa tempoh kini hingga Sukan Asia nanti adalah 'blok latihan' yang ideal kerana saya boleh memperhalusi apa yang perlu bagi mempersiapkan diri kelak.



"Lebih dari itu, ia adalah masanya untuk berlatih lebih gigih (untuk catatkan masa lebih baik)," ujar beliau. - MUHAIMIN SUZAINI




"Kami inginkan kilauan emas tetapi saya rasa ia permulaan baik memandangkan ia acara pertama bagi sukan renang dan menjadi pemangkin keyakinan.
... Saya ingat bahawa selepas perlumbaan, saya tercungap-cungap untuk ambil nafas dan sedang tercari-cari masa catatan di papan layar.
Saya rasa gembira dan berasa positif bahawa kegigihan saya berhasil.''
- Ardi Zulhilmi Mohamed Azman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >