Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND: BRENTFORD LWN LIVERPOOL

Pujian 'luar biasa' bagi Bellingham, bersinar di Piala Dunia

Jan 02, 2023 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah menyifatkan pemain midfield England Jude Bellingham sebagai "luar biasa".



Pemain Borussia Dortmund itu, 19 tahun, adalah antara bintang bersinar dalam Piala Dunia di Qatar apabila England berjaya sampai ke pusingan suku akhir.



Bellingham telah berkali-kali dikaitkan dengan pemindahan lumayan ke Liverpool dan juara Eropah Real Madrid.



"Saya tidak suka bercakap tentang wang apabila anda bercakap tentang pemain sepertinya," kata Klopp.



"Semua orang boleh melihat betapa luar biasa dia."



Bellingham berpindah ke Dortmund dari Birmingham City pada usia 17 tahun pada 2020 dan dilantik kapten pasukan Bundesliga itu musim ini.



Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Piala Dunia di Qatar, menjaringkan gol dalam aksi pembukaan England ketika menang 6-2 menentang Iran dan adalah antara pemain yang beraksi cemerlang dalam pasukan di kejohanan tersebut.



Klopp, yang pernah mengurus Dortmund selama tujuh tahun sebelum menyertai Liverpool pada 2015, menambah:



"Jika anda menyebut tentang Bellingham kepada seseorang yang tidak tahu tentang bola sepak, atau yang tahu tentang bola sepak dan tidak pernah menontonnya untuk seketika (dan bertanya) 'Berapa anda fikir umur Jude Bellingham?', saya tidak fikir sesiapa dapat meneka usianya.



"Mereka akan katakan 28 atau 29 tahun sebab dia menunjukkan kematangan dalam permainannya. Dia beraksi cemerlang dalam Piala Dunia. Benar-benar luar biasa.



"Dengan semua perkara yang dia ada dan perkara yang dia boleh perbaiki, untuk menggambarkannya, saya akan mengatakan perkara yang dia boleh lakukan adalah sukar untuk dipelajari, dan perkara yang boleh dia perbaiki adalah mudah untuk dipelajari.



"Semua orang sudah tahu tentang bakatnya tetapi saya tidak tahu apa nilai dia dari segi wang untuk mendapatkan tandatangannya. Saya benar-benar fikir jika kita semua mahu membantunya maka kita tidak terlalu fokus bercakap tentang wang. Maksud saya itu dari sudut pandangan England. Jangan letakkan sebarang halangan dalam perkembangannya."



Bellingham dijangka akan meninggalkan Dortmund pada musim panas ini.



Beliau boleh meninggalkan Jerman pada perjanjian potongan harga dengan ia percayai bahawa kontraknya di Dortmund mengandungi klausa pelepasan bernilai £60 juta ($97.6 juta) yang belum disahkan.



Bintang muda itu juga dikatakan telah menjalin hubungan erat bersama kapten Liverpool Jordan Henderson dan bek sayap Trent Alexander-Arnold semasa menyertai skuad England, dan dilihat rapat dengan kedua-dua pemain The Reds itu semasa di Qatar untuk Piala Dunia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >