Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA PERANCIS

Pulau media: Osaka boleh disingkir daripada semua Grand Slam

Jun 01, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Pemain tenis wanita nombor dua dunia, Naomi Osaka, boleh disingkir daripada Terbuka Perancis dan kejohanan Grand Slam lain jika beliau terus berkeras enggan bercakap kepada media, kata penganjur.



Osaka minggu lalu berkata beliau enggan memberi sebarang sidang media semasa kejohanan Terbuka Perancis, yang sedang berlangsung di Roland Garros, bagi menjaga kesihatan mentalnya.



Beliau didenda AS$15,000 ($25,000) kelmarin, kerana enggan menghadiri sidang media selepas menewaskan pemain Romania Patrici Maria Tig dalam pusingan pertama.



Osaka, yang berasal dari Jepun dan pilihan kedua pertandingan itu, memenangi perlawanan tersebut 6-4, 7-6 (7-4).



Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh keempat-empat penganjur Grand Slam berkata Osaka juga boleh dikenakan denda lebih besar dan digantung daripada kejohanan selanjutnya.



Menyusuli kenyataan penganjur itu, Osaka menulis di Twitter: ''Perubahan membuat orang kurang selesa.''



Penganjur Grand Slam berkata menyusuli pengumuman Osaka asal Rabu lalu, wakilnya di Roland Garros telah meminta pemain tenis berusia 23 tahun itu menimbangkan semula pendiriannya, tetapi dapat menghubunginya untuk memantau kesihatannya.



Selepas gagal menghubunginya, penganjur berkata mereka telah menulis kepadanya untuk menawarkan sokongan, serta mengingatkannya tentang kewajipannya.



''Satu elemen teras peraturan Grand Slam ialah tanggungjawab pemain berinteraksi dengan media, tanpa mengambil kira keputusan perlawanan masing-masing, tanggungjawab yang diambil pemain bagi kebaikan sukan, penyokong dan diri mereka sendiri,'' kata kenyataan itu.



''Kami telah menasihati Naomi Osaka bahawa beliau mendedahkan dirinya sendiri kepada lebih banyak tindakan disiplin berhubung pelanggaran Kod Tatalaku, jika beliau terus mengabaikan tuntutan berhubung media semasa pertandingan ini.



''Sebagaimana yang boleh dijangka, perbuatan melanggar undang-undang secara berulang boleh dikenakan sekatan lebih berat, termasuk disingkir daripada kejohanan dan mencetus siasatan kesalahan besar yang diiringi denda lebih berat dan penggantungan daripada Grand Slam pada masa depan.''



Penganjur menambah bahawa peraturan sedia ada memastikan semua pemain dilayan secara saksama.



Rabu lalu, Osaka mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menemui media sepanjang Terbuka Perancis, sambil berkata sidang media mempunyai kesan tidak diingini ke atas kesihatan mental pemain.



Osaka berkata menjangka pemain menjawab soalan bertubi-tubi selepas kalah dalam perlawanan bak perbuatan terus menghukum pemain yang tewas itu.



''Sejak dulu saya sedar orang tidak memikirkan tentang kesihatan mental atlet dan ini terbukti setiap kali saya menyaksikan sidang media atau melibatkan diri dalam kegiatan itu,'' kata beliau, yang menerbitkan kenyataannya itu di media sosial.



Namun, selepas kemenangan ke atas Tig, Osaka menyertai wawancara di gelanggang, yang merupakan satu kebiasaan di Grand Slam.



Peraturan Grand Slam menyatakan pemain boleh didenda hingga $20,000 jika tidak memenuhi tuntutan berhubung media, dengan Persatuan Tenis Wanita (WTA) berkata pemain mempunyai tanggungjawab kepada sukan itu dan penyokong untuk bercakap kepada media semasa pertandingan.



Ramai atlet, di dalam dan luar sukan tenis, memuji dan menyokong tindakan Osaka itu, tetapi ramai juga berkata mereka menerima hakikat bahawa bercakap kepada media sebahagian tugas mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >