Topik diikuti
Pergi ke BHkuPuluhan maut dalam rusuhan bola sepak di Mesir
Premium
Puluhan maut dalam rusuhan bola sepak di Mesir
Puluhan maut dalam rusuhan bola sepak di Mesir
KERETA POLIS DIBAKAR: Dalam kejadian kelmarin, belia ini dilihat berjalan di depan sebuah kereta ronda polis yang dibakar. - Foto REUTERS -
Feb 10, 2015 | 11:01 AM
KAHIRAH: Seramai 22 orang terkorban di luar sebuah stadium bola sepak di Mesir kelmarin selepas pasukan keselamatan menghalang peminat memasukinya, menurut pejabat pendakwa raya negara itu.
Agensi berita rasmi Mena berkata lagi 20 peminat bola sepak cedera dalam pertempuran dengan polis di Kahirah malam kelmarin, selepas mereka cuba merempuh masuk stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara dua kelab sejiran di bandar itu, Zamalek dan Enppi.
