Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

2 Belia cemerlang dalam sukan silat dan pelajaran

Punya impian jadi juara dunia, Shaqira mahu ukir nama sendiri

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



KALAH atau menang sememangnya adat perlawanan.



Namun, di sebalik sesuatu kekalahan atau kemenangan, apa yang penting bagi srikandi silat negara, Nur Shaqira Sheik Alau'ddin, adalah tekad untuk sentiasa memperbaiki diri dan memberikan yang terbaik - termasuklah luar daripada olahraga.



Berbekalkan falsafah itu, pelajar Sekolah Sukan Singapura berusia 16 tahun itu berjaya meraih anugerah Atlet Pelajar Cemerlang Moo Soon Chong bagi peringkat menengah sempena acara Malam Anugerah sekolah tersebut pada Selasa.



Anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian pelajar yang cemerlang dalam sukan dan pelajaran, di samping menunjukkan kelakuan baik serta menjadi teladan kepada yang lain.



Nur Shaqira berkata: "Ia sememangnya satu kejutan dan saya rasa ia satu penghormatan buat diri saya.



"Saya harap dengan anugerah ini, ia dapat memberi motivasi kepada yang lain untuk mengecapi impian mereka."



Anak bongsu daripada enam beradik itu menekankan beliau tidak mahu berselindung di sebalik bayangan adik-beradik dan ayahnya, yang masing-masing merupakan jaguh silat.



Ayahnya juara dunia dua kali dan Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Abang-abangnya pula, Sheik Farhan, Sheik Ferdous dan Sheik Fayz, masing-masing merupakan juara dunia tiga kali, juara dunia 2018 dan pemenang pingat gangsa di Kejohanan Pencak Silat Junior Dunia 2018.



Kakaknya pula, Nur Shafiqa, merupakan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2015.



Ini setelah beliau menjelaskan bahawa ia "bukanlah satu tanggungjawab untuk teruskan legasi" baginya, tetapi sebaliknya, beliau ingin melakar nama tersendiri.



"Impian saya adalah untuk menjadi juara dunia seterusnya tetapi saya ingin lakukan apa yang terbaik dan diperlukan bagi (diri) saya sendiri," ujar beliau.



Jelas, impiannya berada di landasan betul setelah beliau berjaya membuat penampilan sulung dalam pertandingan berprestij sukan itu, iaitu Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-19 di Melaka pada 2022.



Sungguhpun tewas di tangan juara dunia bertahan sebanyak empat kali dari Indonesia, beliau telah "lakukan sedaya upaya dan berikan yang terbaik".



"Saya sebenarnya masih tidak percaya yang saya dapat menjejakkan kaki dalam kejohanan itu.



"Lebih daripada itu, ia pengalaman yang amat bermakna bagi saya," tambah beliau.



Ini ditambah juga dengan sumber inspirasi Shaqira, iaitu Sheik Farhan, abangnya yang juga juara dunia tiga kali.



"Saya memandang tinggi abang Farhan kerana sikap enggan menyerah beliau yang tinggi," jelasnya.



Dalam pada itu, beliau akur pembahagian masa antara sekolah, latihan dan masa lapang adalah sukar, lebih-lebih lagi menjelang kejohanan kerana sebahagian besar masa terluang dengan latihan.



Peminat tegar penyanyi asal Canada, The Weeknd, itu menjelaskan:



"Ia memang sangat mencabar untuk membahagikan masa tetapi mujur Sekolah Sukan sedikit sebanyak ada membantu jadi saya boleh tumpukan pada satu-satu perkara."



Oleh demikian, di samping menumpukan cita-cita jangka panjangnya untuk menjadi juara dunia, beliau ingin memenuhi cita-cita jangka pendeknya, iaitu untuk menjadi atlet sepenuh masa dan meraih Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa Spex)



"Pencapaian saya sejauh ini memberi saya inspirasi untuk lakukan lebih banyak," ujar Shaqira dengan nada penuh riang.




" Impian saya adalah untuk menjadi juara dunia seterusnya tetapi saya ingin lakukan apa yang terbaik dan diperlukan bagi (diri) saya sendiri.



Ia memang sangat mencabar untuk membahagikan masa tetapi mujur Sekolah Sukan sedikit sebanyak ada membantu jadi saya boleh tumpukan pada satu-satu perkara.



Pencapaian saya sejauh ini memberi saya inspirasi untuk lakukan lebih banyak.



- Nur Shaqira Sheik Alau'ddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >