Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

Pusat Latihan Kebangsaan kedua ditubuh untuk sokong lebih ramai perenang penuhi potensi

Jun 04, 2022 | 05:49 AM



PERSATUAN Renang Singapura (SSA) telah memulakan usaha untuk mengembangkan pangkalan prestasi tingginya dengan menubuhkan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) kedua di Sekolah Sukan Singapura (SSP) di Woodlands.



Dalam satu pengumuman kelmarin, SSA menjelaskan NTC kedua ini akan dapat menyokong lebih ramai perenang yang mempunyai cita-cita untuk mewakili negara.



Pada masa ini, perenang remaja dan kebangsaan berlatih di kolam renang tertutup di Pusat Akuatik OCBC di Hab Sukan Singapura yang mempunyai kolam pertandingan sebanyak 10 lorong dan kolam latihan lapan lorong.



Di SSP, perenang juga mempunyai akses ke kompleks renang dengan dua kolam bersaiz Olimpik.



Pengarah eksekutif SSA, Edwin Ker, berkata NTC kedua akan meningkatkan kebolehcapaian sokongan dan perkhidmatan, terutamanya kepada perenang yang tinggal di bahagian utara Singapura.



Selain jurulatih NTC, para perenang juga boleh memanfaatkan akses kepada saintis sukan dari Institut Sukan Singapura (SSI) dan Institut Sukan Belia Kebangsaan (NYSI).



Katanya lagi: "Dengan peluang menetap di kemudahan asrama di Sekolah Sukan, perenang boleh berlatih, berehat dan tidur di bawah satu bumbung.



"Ditambah akses kepada sokongan sains sukan oleh NYSI, perenang nasional dan mereka yang berpotensi boleh menerima sokongan yang lebih responsif.



"Dengan ini, kami berharap dapat meningkatkan lagi saluran kepada perenang negara."



Ketua jurulatih skuad renang nasional, Gary Tan, 40 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa penubuhan pangkalan latihan kedua itu akan memberi "lebih banyak pilihan" kepada perenang.



Beliau berkata: "Dengan kemudahan dan sofwe yang betul yang digunakan dalam sistem Sekolah Sukan, kami kemudian dapat menumpukan perhatian kami untuk mendekatkan atlet kami kepada impian Olimpik mereka."



Atlet boleh memohon untuk menyertai NTC di SSP melalui tiga laluan - laluan Sukan Utama, laluan Prestasi dan laluan SSP.



Di bawah laluan Sukan Utama, perenang mesti mencatat masa pada acara yang melepasi piawaian kelayakan Sukan SEA, manakala untuk layak ke prasyarat di bawah laluan Prestasi, perenang mesti mempunyai sekurang-kurangnya 650 mata ranking Fina merentasi mana-mana acara.



Sementara itu, laluan SSP memerlukan mereka menjadi pelajar di sekolah itu.



Andy Voo, jurulatih di Kelab Renang Aquatic Masters, merasakan langkah itu akan memberi manfaat kepada perenang remaja, yang "akan diberikan peluang untuk berlatih dengan lebih ramai atlet yang berpotensi apabila mereka berlatih di NTC".



"Saya rasa ia akan memberi motivasi kepada k perenang remaja yang dapat berlatih di bawah jurulatih NTC dari Sekolah Sukan yang melatih Maximillian Ang serta akses kepada kemudahan penuh yang boleh mereka gunakan," tambahnya.



Namun begitu, langkah SSA ini tidak mendapat sambutan baik dari jurulatih beberapa kelab terkemuka.



Bekas perenang Olimpik, David Lim, yang mengendalikan Kumpulan Akuatik Swimfast, mengeluh:



"Kebanyakan kelab telah menyaksikan beberapa perenang berbakat mereka meninggalkan kelab mereka sejak NTC dimulakan.



"Jurulatih kelab juga memerlukan motivasi bahawa mereka mampu melatih seorang perenang ke tahap tertinggi dan tidak perlu merasakan bahawa apa yang mereka perlu lakukan adalah untuk melatih seorang perenang ke tahap tertentu dan menjangkakan perenang itu kemudian akan menyertai NTC."



Beliau menggesa SSA untuk memberi pertimbangan lebih lanjut mengenai perkara itu, sambil menambah:



"Terdapat sekurang-kurangnya 20 kelab aktif di Singapura sekarang.



"Jika SSA fikir ini adalah cara ke hadapan dan mahu menubuhkan lebih banyak NTC, mereka juga perlu kemuka laluan untuk kelab bekerjasama dengan agenda nasional."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >