Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Pusingan kelayakan Piala Dunia Amerika S. masih jadi tanda tanya

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pusingan kelayakkan Piala Dunia Amerika Selatan, yang dijadualkan berlangsung bulan ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada ia dapat diteruskan.



Ini selepas beberapa kelab Eropah enggan melepaskan pemain mereka menyusuli keprihatinan mengenai pandemik Covid-19 dan sekatan kuarantin.



Badan induk bola sepak dunia, Fifa telah melonggarkan peraturannya mengenai pembebasan pemain untuk perlawanan antarabangsa disebabkan pandemik ini dan bimbang tentang kesan perjalanan jarak jauh ke kawasan dengan kadar kes yang tinggi.



Kelab-kelab juga dijangka 'menyimpan' pemain mereka.



Kesemua 10 negara Amerika Selatan disenaraikan dalam "senarai merah" larangan perjalanan kerajaan Britain, yang tidak termasuk pengecualian untuk atlet dan mereka yang terlibat dalam sukan.



Pemain yang berpangkalan di Britain yang beaksi dalam perlawanan kelayakkan tersebut perlu menjalani kuarantin di hotel selama 10 hari sekembalinya mereka ke negara itu.



Oleh kerana itu, ia menyukarkan kelab untuk membuat pertimbangan bagi menyetujui permintaan persekutuan Amerika Selatan, Conmebol.



"Saya rasa semua orang akan setuju - kami tidak boleh membiarkan pemain pergi dan bermain untuk negara mereka dan kemudian dikenakan kuarantin selama 10 hari di hotel.



"Itu bukan cara kita melakukannya," kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang pasukannya termasuk trio Brazil, Alisson Becker, Fabinho dan Roberto Firmino.



Conmebol, yang menganjurkan kelayakan di rantau itu untuk Piala Dunia 2022, mahukan kelab melepaskan pemain mereka untuk perlawanan yang akan berlangsung pada 25 dan 30 Mac, namun mereka masih mempertimbangkan beberapa pilihan.



Conmebol berkata anggota majlisnya akan bertemu untuk membincangkan hal ini dan menambah bahawa pihaknya sedang menghubungi Fifa ketika ia mencari jalan keluar.



Sementara itu, Fifa berkata ia belum membuat sebarang permintaan khusus kepada Conmebol.



"Fifa sedang berhubungan dengan semua gabungan dan persatuan anggota mengenai perkara ini.



"Kami sedang berusaha dan akan memantau situasi ini bersama-sama dan Fifa belum membuat permintaan khusus pada tahap ini.



"Maklumat lebih lanjut akan diberikan pada waktunya," kata badan yang berpangkalan di Zurich itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >