Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Pusingan pertama akan diteruskan di Sepanyol

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Real Madrid di padang sendiri menentang Liverpool April ini tidak akan dipindahkan ke negara lain setelah pemerintah Sepanyol berkata kelmarin bahawa ia akan melonggarkan sekatan terhadap penerbangan dari Britain pada hujung bulan ini.



Sekatan itu, yang bermula sejak Disember lalu, dikenakan akibat keprihatinan mengenai jenis Covid-19 Britain dan memaksa Atletico Madrid memainkan pusingan di padang sendiri mereka dalam kelompok 16 pasukan terakhir menentang Chelsea di Bucharest.



Real Sociedad harus berdepan Manchester United di Turin berbanding di bandar sendiri, San Sebastian, untuk pusingan pertama kelompok 32 pasukan terakhir Liga Europa.



Namun, pemerintah Sepanyol kini mengatakan sekatan akan tamat pada 30 Mac.



Ini bermakna Real boleh menyambut kedatangan Liverpool ke tapak latihan Alfredo di Stefano mereka pada 6 April.



Granada juga boleh menjadi tuan rumah kepada Manchester United untuk pusingan pertama suku akhir Liga Europa di stadium Nuevo Los Carmenes kelab Sepanyol itu pada 8 April.



Altetico tewas 1-0 dalam pusingan "padang sendiri" mereka menentang Chelsea di Bucharest dan disingkirkan 3-0 secara agregat, manakala Real Sociedad dibelasah 4-0 oleh Manchester United di Turin, dan akhirnya tersingkir dari Liga Europa dengan keputusan sama secara agregat.



Negara-negara lain yang mengenakan sekatan sama terhadap perjalanan dari Britain menyebabkan Manchester City dan Borussia Moenchengladbach mengalihkan kededua pusingan kelompok 16 pasukan terakhir mereka ke Budapest dengan Liverpool dan RB Leipzig mengikut langkah sama untuk perlawanan mereka. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >