Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH BALLON D’OR

Putellas sekali lagi rangkul gelaran

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



BARCELONA: Pemenang dua kali Ballon d'Or Alexia Putellas mungkin diketepikan akibat kecederaan lutut tetapi kehandalannya musim lalu terus mendapat pujian ketika bola sepak menanti kepulangannya.



Permainan wanita telah merindui bakat terbesarnya sejak Putellas mengalami kecederaan ligamen lutut anterior pada malam Euro 2022 Jun lalu, yang dijangka menghalangnya sehingga musim panas akan datang, tetapi persembahan cemerlangnya sebelum ini diiktiraf di Paris kelmarin.



Putellas, 28 tahun, merupakan pemain pertama memenangi trofi berprestij itu dua kali berturut-turut sejak edisi wanita bermula pada 2018. Beliau membantu Barcelona menjulang kejuaraan liga Sepanyol dan mara ke final Liga Juara-Juara musim 2021-22.



Pasukan Catalans gagal mempertahankan mahkota Eropah mereka, ditewaskan 1-3 oleh Lyon di Turin, dengan Putellas berjaya menemui sasaran, selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Wolfsburg pada perlawanan pertama separuh akhir, dan tiga kali pada suku akhir perlawanan menentang Real Madrid.



Dalam perlawanan di padang sendiri, Barcelona mencatat rekod dunia untuk permainan wanita, dengan 91,648 penyokong hadir di Camp Nou untuk pertembungan menentang pasukan Jerman itu.



"Tidak dinafikan, detik paling istimewa adalah bermain dua perlawanan di Camp Nou," kata Putellas. "Saya dapat memenuhi impian mana-mana peminat Barca."



Walaupun kecewa dengan kekalahan itu, Putellas, pemain wanita Sepanyol pertama yang mencapai 100 penampilan antarabangsa, menuju ke Euro dengan negaranya sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan, tetapi mengalami kecederaan lutut semasa latihan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >