Topik diikuti
Pergi ke BHkuPutera Ali tuntut guna pondok undi lut sinar
Fifa tolak tuntutan di mahkamah sukan agar pengundian esok dianjak ke tarikh lain

Feb 25, 2016 | 5:30 AM
Putera Ali tuntut guna pondok undi lut sinar
ZURICH: Calon Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Putera Ali al Hussein telah menggesa mahkamah sukan antarabangsa menganjakkan pengundian esok ke tarikh lain kerana kurang yakin dengan kaedah mengundi yang ditetapkan.
Putera Jordan itu - salah seorang daripada lima calon presiden - mahukan pondok mengundi lut sinar bagi proses mencari pengganti Sepp Blatter itu.