Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Putri di padang bola' cipta sejarah pemain wanita pertama S'pura raih biasiswa olahraga luar negara

Jan 09, 2021 | 02:32 PM



PEMAIN bola sepak kebangsaan Putri Nur Syaliza Sazali mencipta sejarah sekali lagi.



Jika tiga tahun lalu pada usia 14 tahun beliau muncul sebagai pemain termuda dalam barisan pemain bola sepak nasional wanita dan menjaringkan  gol buat pasukannya, pada September tahun lalu, Putri menjadi pemain bola sepak wanita pertama di Singapura yang ditawarkan biasiswa olahraga luar negara.



Gadis 17 tahun ini berangkat ke Amerika Syarikat pada awal pagi Sabtu (9 Januari) bagi meneruskan pengajian di Universiti Cumberland di Tennessee di bawah biasiswa selama empat tahun.



Putri yang akan mendalami bidang pengurusan sukan, dalam satu pengumuman Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Jumaat, berkata:



"Sejujurnya, saya tidak menjangkakan saya akan meraih peluang ini dan hanya mencuba nasib (dengan memohon bagi biasiswa ini). Ibu bapa saya amat menyokong rancangan saya ini, sesuatu yang saya syukuri."



Sebagai seseorang yang menebar impian bermain bola sepak di luar negara, Putri yang sudah lapan kali menerima Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim, mula mencari peluang memohon bagi biasiswa bola sepak luar negara pada pertengahan tahun lalu.



Beliau meletakkan harapan dapat meneruskan pengajian ke Universiti Cumberland setelah menonton video YouTube pasukan bola sepak universiti itu dan merasakan gaya permainan sebagai pemain menyerang di pasukan itu bersesuaian dengan kemahirannya.



Beliau juga tertarik dengan tumpuan khusus yang diberi universiti itu kepada olahragawannya.



Selain pencapaian dalam pasukan nasional, Putri yang juga salah satu calon Olahragawati Muda Tahunan The Straits Times dua tahun lalu juga menampakkan potensinya sebagai pemain penyerang dalam Perlawanan Sekolah Peringkat Nasional.



Bekas pelajar Sekolah Menengah Queensway itu menjaringkan 42 gol dalam enam perlawanan bola sepak nasional peringkat sekolah bagi kategori remaja perempuan Divisyen C. Sebanyak 19 gol pula dijaringkan pada 2018 dan 27 gol pada 2019 dalam perlawanan Divisyen B, menjadikannya pemain dengan jaringan gol terbanyak pada waktu itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >