Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Putri Syaliza kembang bakat di liga Thailand

May 26, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI salah seorang pemain bola sepak wanita terbaik Singapura, Putri Syaliza Sazali kini akan mengembangkan lagi bakatnya di liga Thailand.



Semalam, pemain berusia 19 tahun itu telah berangkat ke Thailand, di mana beliau akan menjadi pemain pertama Singapura untuk beraksi di Liga 1 Wanita negara tersebut.



Beliau telah menyertai pasukan wanita Chonburi FC, yang berjaya mendapat kedudukan kedua musim lalu dan kini menduduki tangga ketiga dengan 13 mata daripada tujuh perlawanan.



Putri yang telah mewakili Singapura sebanyak 11 kali berkata: "Saya gembira dapat bermain di Thailand, di mana tahap bola sepak di sana lebih tinggi dan kompetitif.



"Saya pernah berlatih bersama Chonburi selama seminggu pada awal 2020 dan saya dapat menyaksikan sendiri betapa pantas tahap permainan di sini, namun saya yakin saya akan banyak menimba ilmu di sini."



Liga lapan sepasukan itu kini sudahpun berada di pertengahan musim dan Putri mungkin dapat membuat penampilan sulungnya Sabtu ini apabila pasukan itu menentang BRU Burirat Academy.



Beliau akan pulang ke Singapura selepas perlawanan terakhir mereka pada 19 Jun nanti.



Pemain midfield itu berjaya mendapat perhatian jurulatih Chonburi, Kritsada Phungmali, di Thailand ketika pasukan wanita Singapura beraksi menentang kelab itu April lalu sebagai persediaan Sukan SEA.



Memberitahu Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Kritsada berkata: "Chonburi sebelum ini mempunyai masalah dalam menjaringkan gol sewaktu pusingan pertama saingan liga.



"Saya inginkan pemain yang dapat menyumbang kepada bahagian serangan kami dan mempunyai penyudah yang baik.



"Selepas menyaksikan gaya permainan Putri, saya sangat berminat untuk mengambil beliau menjadi sebahagian daripada skuad kami."



Sejak di bangku sekolah, pemain itu telah menarik perhatian banyak pihak.



Pada usia 14 tahun dan 353 hari, Putri membuat penampilan sulungnya bersama pasukan negara dan berjaya menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Maldives pada 2018.



Setahun sebelum itu, beliau telah menjaringkan 42 gol dalam enam perlawanan untuk membantu sekolahnya, Sekolah Menengah Queensway, untuk menjuarai pertandingan sekolah-sekolah nasional peringkat C.



Putri juga merupakan pemain bola sepak wanita tempatan pertama untuk menerima biasiswa olahraga luar negara, apabila beliau mendaftar di Universiti Cumberland di Tennessee, Amerika Syarikat, pada Januari 2021.



Bagaimanapun, masalah dengan matrikulasi bermakna beliau tidak dapat bermain untuk sekolah tersebut.



Namun beliau tidak berputus asa dan melanjutkan pelajaran di Amerika di mana beliau kemudian menerima biasiswa selama dua tahun di Kolej Negara Eastern Florida.



November lalu, pasukannya berjaya memenangi Kejohanan Divisyen Satu Persatuan Olahraga Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College Athletic Association Division I), yang pertama buat sekolahnya.



Putri sepatutnya menyertai pasukan wanita Balestier Khalsa dalam Liga Perdana Wanita Singapura yang bermula Sabtu ini, tetapi peluang untuk menyertai Chonburi sukar untuk dilepaskan.



Jurulatih Balestier, Ratna Suffian, yang telah melatihnya dalam pasukan gabungan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan pasukan bawah 19 tahun negara, tidak ragu-ragu pemain berbakat itu akan berjaya.



Beliau berkata: "Putri antara pemain bola sepak wanita terbaik yang kami ada.



"Pemain yang bermain dengan kaki kiri tidak ramai di sini, tetapi bukan itu sahaja, beliau mempunyai teknik yang baik dan selesa dengan bola dengan teknik hantaran dan rembatan yang baik. Beliau juga kuat dan fokus pada apa beliau mahu lakukan.



"Saya yakin beliau dapat pergi jauh, jadi apabila peluang seperti ini datang, beliau harus pergi, dan Balestier telahpun memberi restu kami kepadanya."



 



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >