Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Quah Jing Wen pecah rekod renang kuak kupu-kupu 200 meter di Piala Dunia Renang FINA

Aug 16, 2019 | 09:10 AM



HARI pertama kejohanan Piala Dunia Renang FINA Singapura 2019 anjuran Yakult bermula dengan persembahan yang memecahkan rekod nasional dari Quah Jing Wen yang telah menamatkan acara 200 meter kuak kupu-kupu dalam masa 2 minit 10.26 saat. 



Semalam, Quah berjaya naik podium di tempat ketiga dengan pingat gangsa bersama warga Hungary Zsuzsanna Jakabos (2:07.48) di tempat kedua dan Katinka Hosszu yang berjaya merangkul emas dengan mencatatkan masa 2:07.07. 



Menyentuh tentang persembahannya, Quah berkata: “Hari ini lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Bila saya menyentuh dinding (kolam renang) saya tak jangka dapat lihat masa 2 minit 10 saat! Ini lebih satu saat berbanding rekod peribadi yang saya catatkan tiga minggu lalu, jadi saya amat gembira. Saya hanya berlatih selama empat hari selepas rehat di Jepun jadi saya sebenarnya tidak menjangkakan apa-apa.” 



Hari ini, juara Olimpik Joseph Schooling bakal mengambil bahagian dalam acara medley individu 200 meter, acara yang belum pernah disertainya sejak Sukan SEA 2015. Schooling merupakan pemegang rekod nasional bagi acara tersebut.



Kejohanan Piala Dunia Renang FINA dipersembahkan oleh Yakult dan ini merupakan kali ke-13 Singapura menjadi tuan rumah kepada acara kompetitif tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >