Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Quah Ting Wen gagal ke separuh akhir

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Perenang Singapura Quah Ting Wen terlepas melayakkan diri ke separuh akhir gaya bebas 100 meter wanita ketika mencatat masa 56.36 saat dalam pusingan saringan di Pusat Akuatik Tokyo petang semalam.



Quah, 29 tahun, mengakhiri perlumbaan di tempat terakhir daripada lapan pesaing dalam Saringan 4, yang dimenangi Fanny Teijonsalo dari Finland dalam masa 54.69 saat.



Secara keseluruhan, Quah mencatat kedudukan ke-36 daripada 51 pesaing.



Hanya 16 pesaing terbaik dengan masa yang terpantas akan mara ke separuh akhir.



Masa terbaik peribadi Quah dalam acara ini adalah 54.62 saat - juga merupakan rekod nasional - yang dicatat di Kejohanan Renang Nasional Singapura pada 2019.



Ketika bersaing dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing 2008, Quah mencatat masa 56.14 saat dalam saringan, untuk menduduki tempat ke-34 daripada 48 pesaing.



Ini merupakan penampilan ketiga beliau di Sukan Olimpik, termasuk di Rio 2016.



Quah bertanding di Tokyo menerusi tempat universaliti, sebagai atlet ranking tertinggi berdasarkan tangga mata badan pentadbir akuatik dunia, Fina.



Ini kerana Singapura tiada perenang wanita yang layak berdasarkan merit di temasya sukan Tokyo.



Quah akan kembali beraksi di kolam renang esok bagi saringan gaya bebas 50 meter.



Dua wakil perenang negara lain, Joseph Schooling dan adik Quah, Zheng Wen akan bersaing dalam saringan kupu-kupu 100 meter lelaki hari ini.



Schooling, 26 tahun, memenangi pingat emas dalam acara itu di Rio lima tahun lalu dan akan sasar mempertahankan takhtanya.



Dalam acara renang lain semalam, Ariarne Titmus dari Australia memenangi pingat emas keduanya di Sukan Olimpik Tokyo setelah sekali lagi mengalahkan musuh ketat dari Amerika Syarikat, Katie Ledecky untuk menjuarai gaya bebas 200 meter wanita semalam, sementara Kristof Milak dari Hungary menguasai kupu-kupu 200 meter lelaki untuk membawa pulang pingat emas.



Titmus menang dalam masa 1:53.50, di depan perenang Hong Kong Siobhan Haughey yang menduduki tempat kedua dan perenang Canada Penny Oleksiak di tempat ketiga.



Ledecky, juara bertahan dan pemenang lima pingat emas Sukan Olimpik, mengakhiri perlumbaan di kedudukan mengecewakan, tempat kelima, 1.71 saat di belakang Titmus.



Titmus dan Ledecky dijangka akan bertanding dalam gaya bebas 800 meter Sabtu ini, yang mana Ledecky disebut sebagai perenang kegemaran untuk menang, dan mereka juga akan berdepan satu sama lain dalam gaya bebas berganti 4 x 200 meter.



Sementara itu, Milak memenuhi jangkaan sebagai perenang kegemaran untuk menang dalam kupu-kupu 200 meter dan mengungguli perlumbaan 2.48 saat di depan, dengan Tomoru Honda dari Jepun di tempat kedua dan Federico Burdisso dari Italy membawa pulang pingat gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >