Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raddy pulang ke S'pura sebagai jurulatih Home United?

May 10, 2019 | 12:00 PM
4fd5d866-97a0-4052-a432-5dca3926956c
-

Bekas jurulatih bola sepak nasional Raddy Avramovic dijangka kembali bertugas di Singapura - kini sebagai ketua jurulatih kelab Liga Perdana Singapura Home United.

Menukil sumber yang rapat dengan perkembangan ini, The Straits Times berkata Avramovic, yang memimpin pasukan Singa dari 2003 hingga 2012, akan diumumkan tidak lama lagi dalam peranan baru itu.

Home kini dipimpin jurulatih sementara Noh Rahman, selepas berpisah dengan Saswadimata Dasuki pada 19 April.

Avramovic, 69 tahun, sejak Oktober 2017, memimpin pasukan Liga Perdana Kuwait Al Tadhamon.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk mengulas lebih lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg