Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raducanu cipta sensasi juarai Terbuka AS

Sep 14, 2021 | 5:30 AM
SENYUMAN JUARA: Cara Raducanu, 18 tahun memenangi Terbuka AS dan senyumannya telah menawan jutaan peminat baru. - Foto EPA-EFE
SENYUMAN JUARA: Cara Raducanu, 18 tahun memenangi Terbuka AS dan senyumannya telah menawan jutaan peminat baru. - Foto EPA-EFE -

NEW YORK: Juara wanita Terbuka Amerika Syarikat Emma Raducanu berkata beliau enggan melepaskan trofi yang dimenangi beliau itu, selepas beliau mengatasi segala jangkaan untuk memenanginya pada hujung minggu lalu.

Raducanu, 18 tahun adalah wanita Britain pertama memenangi trofi Grand Slam dalam 44 tahun dan beliau berbuat demikian tanpa kalah sebarang set dalam sembilan perlawanan.

Beliau juga adalah pemain tenis pertama yang memenangi pertandingan Grand Slam selepas mengharungi pusingan kelayakan.

"Saya tidak dapat membayangkan perasaan saya pada masa ini," kata Raducanu.

"Memegang trofi ini adalah segala-galanya bagi saya dan saya tidak ingin melepaskannya."

Cara Raducanu memenangi Terbuka AS - agresif di gelanggang - dan bersahaja di luar gelanggang telah menarik jutaan peminat dari serata dunia.

Kemenangan di Flushing Meadows itu bermakna beliau kini menduduki ranking ke-23 di dunia, hanya beberapa bulan selepas bertanding di Wimbledon melalui 'wildcard' dari ranking ke-336. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg