Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Raducanu 'tak terlalu harap' cergas bagi Terbuka Australia

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Emma Raducanu berharap beliau dapat kembali cergas untuk Terbuka Australia bulan ini, tetapi cuba "tidak terlalu mengharapkannya".



Warga Britain berusia 20 tahun itu berhenti daripada perlawanan pusingan kedua dalam kejohanan Klasik ASB di Auckland Khamis lalu selepas tergelincir dan buku lali kirinya tercedera.



Aksi Grand Slam Terbuka Australia bermula Isnin depan, dengan keadaan sepenuhnya kecederaan juara Terbuka Amerika Syarikat 2021 itu belum didiagnosis.



"Kami akan melihat keadaannya mudah-mudahan pada Isnin ini atau apabila kejohanan bermula," kata Raducanu. "Kami lihat sehari demi sehari dan tidak cuba untuk mempunyai harapan tinggi buat masa ini."



Raducanu meninggalkan gelanggang dalam keadaan menangis minggu lalu selepas buku lalinya terseliuh pada set kedua menentang pemain Slovakia Viktoria Kuzmova, dengan mata 6-0 5-7.



Pemain nombor 75 dunia itu berharap dapat memperbaiki persembahannya, yang disingkirkan pada pusingan kedua dalam penampilan sulungnya di Terbuka Australia pada 2022.



"Ia benar-benar malang sebab saya berasa hebat mengenai musim saya dan saya benar-benar gembira dengan persiapan yang saya lakukan secara fizikal," kata Raducanu, yang kini bekerjasama dengan bekas pelatih kecergasan Andy Murray, Jez Green, dalam usaha mengurangkan dirinya terdedah pada kecederaan.



"Saya baru sahaja mengalami kemalangan di gelanggang, saya tidak tahu apa boleh saya lakukan untuk benar-benar menghalangnya."



Raducanu mengalami musim 2022 yang dihimpit kecederaan, berhenti daripada lima perlawanan, tetapi berkata beliau sekarang tidak cedera dan berasa "baik" selepas satu perlawanan pameran bulan lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >