Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ragbi 7 Sepasuk S'pura HSBC: Fiji kembali beraksi dengan kejuaraan

Apr 10, 2022 | 11:45 PM
Fiji kini telah menang tiga kali di Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura.
Fiji kini telah menang tiga kali di Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura. - ARIFFIN JAMAR

Fiji kembali ke litar ragbi tujuh sepasuk dunia dengan penuh gaya selepas meraih kemenangan di Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC pada Ahad (10 April).

Pasukan yang bergelar Flying Fijians itu menewaskan New Zealand 28-17 di Stadium Negara malam tadi.

Kejuaraan itu merupakan yang ketiga buat Fiji New Zealand di Singapura.

Fiji pernah dinobat juara Tujuh Sepasuk Singapura pada 2006 dan 2018.

Juara siri empat kali dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Fiji, terlepas bermain di pusingan di Sepanyol pada Januari lalu dek kes Covid-19 dalam skuad.

Sementara itu, New Zealand membuat penampilan pertama mereka musim ini di Singapura selepas 25 bulan "berehat" akibat penutupan sempadan dan sekatan perjalanan yang disebabkan pandemik.

Dalam final malam ini, tiga jaringan 'try' hasil sumbangan Viuviawa Naduvalo, Waisea Nacuqu dan Joseva Talacolo meletakkan Fiji 21-0 di depan pada waktu rehat.

The All Blacks cuba bangkit daripada ketinggalan dengan menghasilkan tiga 'try' menerusi Regan Ware, Moses Leo dan Caleb Tangitau dalam separuh kedua.

Namun, Fiji terlalu hebat untuk lawan mereka apabila 'try' kedua Naduvalo pada final ini menjamin kemenangan pasukan negara pulau pasifik itu.

Australia muncul sebagai pemenang tempat ketiga selepas mengalahkan Ireland 21-19.

Afrika Selatan, juara edisi lalu pada 2019, kekal mendahului tangga siri musim ini dengan 98 mata, diikuti dengan Australia (83 mata) dan Argentina (83 mata) selepas lima pusingan.

Musim ini menampilkan sembilan pusingan.

Tujuh Sepasuk Singapura 2022 adalah acara besar sukan yang pertama di sini untuk membenarkan penonton makan dan minum di tempat duduk mereka di tengah-tengah pandemik.

Tiga edisi pertama acara itu, pada 2016 hingga 2018, menarik sejumlah 140,000 peminat, dan edisi lalu pada 2019 menyaksikan 57,000 penonton hadir. Tahun ini, 22,000 penonton hadir di stadium sepanjang kejohanan dua hari itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg