Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ragbi kerusi roda kian dapat perhatian

Jul 10, 2023 | 05:30 AM



Dari sekitar enam anggota, bilangan atlet kurang upaya dalam sukan ini telah berlipat ganda kepada kira-kira 16; sukan tampil buat kali pertama di temasya Paralimpik Sydney 2000

Beliaulah orang paling sibuk dalam ragbi kerusi roda pada hari-hari latihan.

Sejam sebelum bermulanya latihan mingguan di Pusat Sukan Toa Payoh, Aidil Khalip sudah berada di dewan latihan.

Sebagai satu-satunya anggota dalam Persatuan Ragbi Kerusi Roda (WRAS) yang mempunyai keupayaan menggunakan bahagian atas badannya, ia menjadi tugas Aidil, 35 tahun, untuk menyiapkan peralatan latihan untuk rakan sepasukan lain yang berkerusi roda.

Ini termasuk menolak keluar kerusi roda khusus untuk sukan itu dari bilik simpanan peralatan dan mengeluarkan barangan lain seperti bola khas yang digunakan. 

Dalam tempoh sejam itu, Aidil, yang merupakan naib presiden dan pengurus pasukan WRAS, juga sibuk menjadi tukang memperbaiki kerusi roda yang rosak atau menukar tiub pada tayar yang sudah haus dan lusuh. 

“Disebabkan pemain lain mempunyai kekurangan keupayaan pada bahagian atas dan bawah badan mereka, saya fikir mengapa tidak saya menjadi orang yang menyelenggara kerusi roda dalam pasukan? 

“Saya masih dapat menggunakan tangan saya untuk memperbaiki kerusi roda. Saya fikir itulah sumbangan saya kepada pasukan,” kata Aidil, yang kaki kirinya terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya pada 2003 dan kini menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Kemahiran menyelenggarakan kerusi roda itu dipelajarinya daripada pasukan luar negara ketika mereka bertanding dalam pertandingan antarabangsa.

Aidil telah bergiat dalam ragbi kerusi roda sejak sekitar 2017.

Pada ketika itu, sukan tersebut hanya mempunyai enam anggota termasuk dirinya.

Kini, bilangan pemain dalam sukan golongan kurang upaya itu telah berlipat ganda kepada kira-kira 16 dan semakin mendapat perhatian di Singapura.

Kali pertama diperkenalkan oleh Majlis Sukan Orang Kurang Upaya Singapura (SDSC), ragbi kerusi roda membuat penampilan sulungnya di Sukan Paralimpik Sydney pada 2000, dan menggabungkan unsur-unsur ragbi, bola keranjang dan bola tampar. 

Direka khusus untuk orang yang mengalami tetraplegia – ketidakupayaan untuk menggerakkan bahagian atas dan bawah badan secara sukarela – ia bertujuan untuk menggalakkan keterangkuman sosial dan peluang yang sama tanpa mengira keupayaan fizikal seseorang.

Pada Jumaat, satu sesi latihan telah dijalankan di Pusat Sukan Toa Payoh sempena ‘Ruck & Roll 2.0’, acara triatlon yang bakal berlangsung pada 8 Ogos.

Triatlon itu dianjurkan untuk mengumpul dana bagi WRAS.

WRAS telah ditubuhkan pada 2020 dan baru-baru ini, diluluskan sebagai anggota kerabat Kesatuan Ragbi Singapura (SRU).

Kira-kira $180,000 diperlukan untuk menampung kos perbelanjaan persatuan itu setiap tahun – yang termasuk kos menyelenggara kerusi roda, membeli peralatan baru dan biayai perjalanan untuk pertandingan luar negara, kata presiden WRAS, Danial Bawthan, 29 tahun.

Acara tersebut juga bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai ragbi kerusi roda dan sukan kurang upaya.

“Mana-mana kempen menyebar kesedaran lebih baik daripada langsung tanpa sebarang kempen kesedaran. Tapi, saya fikir kita harus berganjak daripada usaha menyebarkan kesedaran,” jelas beliau.

“Apa yang perlu dilakukan adalah mencari penyelesaian jangka panjang untuk menjadi inklusif dan bagaimana acara sehari itu dapat diperluaskan,” tambahnya.

Edisi sebelumnya ‘Ruck and Roll’ pada Disember 2020 menyaksikan rakan-rakan dan klien Solitaire LLP, sebuah firma undang-undang berpangkalan di Singapura, menamatkan kayuhan satu pusingan seluruh negara sejauh 160 kilometer dalam masa 10 jam.

Usaha tersebut berjaya mengutip $50,000 untuk WRAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >