Ragbi: Pasukan All Blacks tewas

YOKOHAMA - Pasukan All Blacks dari New Zealand tewas di tangan pasukan England di perlawanan separuh akhir Piala Dunia Ragbi semalam (26 Oktober), dengan keputusan 19-7.

Pasukan England mengalahkan pasukan kegemaran ramai itu untuk mara ke peringkat akhir demi impian merangkul Piala Dunia Ragbi dengan kekuatan pertahanan dan taktik permainan mereka.

Walaupun pemain Manu Tuilagi daripada pasukan All Blacks berjaya menjaringkan ‘try’ pada minit kedua di akhir perlawanan 80 minit itu, pasukan England masih berjaya menewaskan All Blacks.

Ini merupakan kekalahan New Zealand yang pertama sejak perlawanan suku akhir di Piala Dunia Rugbi 2007, di mana New Zealand ditewaskan Perancis dengan keputusan 18-20.
 
Pasukan England pula berpeluang merangkul Piala Dunia Ragbi mereka yang kedua sejak 2003.

Ia akan menentang sama ada Wales atau Afrika Selatan Sabtu depan (2 November).

Galeri Foto