Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ragbi: Tujuh Sepasukan Singapura HSBC kembali selepas dua tahun, dijadualkan pada 9-10 April.

Mar 11, 2022 | 5:57 PM
Semasa edisi terakhir pada 2019, acara itu menarik 57,000 peminat dalam masa dua hari.
Semasa edisi terakhir pada 2019, acara itu menarik 57,000 peminat dalam masa dua hari. - HAB SUKAN SINGAPURA

SELEPAS berehat selama dua tahun akibat Covid-19, Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Singapura HSBC akan kembali bulan depan dengan 16 pasukan bersaing di Stadium Negara pada 9 dan 10 April. Penganjur pada Jumaat (11 Mac) berkata kejohanan dua hari itu akan dibuka kepada penonton dan mereka sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengadakannya dengan selamat mengikut langkah pengurusan selamat (SMM) yang sedia ada. Butiran lanjut mengenai SMM dan penjualan tiket akan diumumkan tidak lama lagi, tambahnya.

Semasa edisi terakhir pada 2019, acara itu menarik 57,000 peminat dalam masa dua hari. Afrika Selatan menewaskan Fiji 20-19 dalam perlawanan akhir Piala yang mendebarkan. Kejohanan Singapura itu adalah perlawanan kelima daripada sembilan perlawanan dalam Siri Ragbi Tujuh Sepasukan Dunia 2021-2022. Ia bermula dengan dua acara di Dubai pada November dan Disember lalu dan dua lagi di Sepanyol pada Januari lalu. Afrika Selatan mendahului kedudukan, memenangi kesemua empat perhentian untuk mengumpul 88 mata. Argentina di tempat kedua dengan 70 mata. Tiket yang dibeli untuk edisi Singapura 2020 kekal sah bagi acara yang akan datang ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.singapore7s.com.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg