Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RAGBI DUNIA

Ragbi wanita dipertingkat dengan pertandingan baru

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



DUBLIN: Ragbi Sedunia kelmarin mengumumkan pelancaran pertandingan ragbi wanita 15 sepasuk global yang baru untuk "meningkatkan" sukan itu.



Pertandingan tahunan WXV yang bermula pada 2023 itu, akan mempunyai tiga peringkat dan bertujuan meningkatkan daya saing pasukan sebagai persiapan membentuk Piala Dunia seramai 16 pasukan, yang diperluas, pada 2025.



Ia disokong dengan dana permulaan bernilai £6.4 juta ($11.9 juta) daripada badan pentadbir global sukan itu.



Seramai 16 pasukan akan terlibat dan pertandingan akan berlangsung dalam tempoh tarikh global baru - antara September dengan Oktober - kecuali pada tahun Piala Dunia.



Pasukan akan melayakkan diri menerusi pertandingan serantau tahunan yang sedia ada, seperti Six Nations Wanita.



Pertandingan tersebut, yang dimainkan dalam tempoh tarikh yang baru, harus berakhir sebelum Jun setiap tahun.



Pertandingan antara-rantau tahunan baru akan diadakan, yang akan bertindak sebagai salah satu laluan kelayakan utama untuk bertanding dalam peringkat teratas WXV.



Ia akan menampilkan pasukan Australia, Canada, New Zealand dan Amerika Syarikat.



Tujuannya adalah untuk menyediakan pertandingan antarabangsa tahunan yang tetap untuk pasukan ini, di mana sebelumnya tiada pertandingan seumpama itu.



Tiada lanjutan atau penyingkiran ke peringkat teratas dalam pusingan pertama tetapi akan ada pergerakan antara peringkat dua dengan tiga.



Ragbi Sedunia juga telah mengumumkan program komersial untuk meningkatkan permainan itu.



"Ia adalah detik bersejarah bagi sukan ini," kata pengerusi Ragbi Sedunia Bill Beaumont.



"Pengumuman hari ini mengenai kalendar ragbi 15 sepasuk antarabangsa global yang baru akan menyokong kejayaan akan datang dan mempercepatkan perkembangan permainan wanita.



"Dengan mewujudkan kalendar 15 sepasuk antarabangsa yang bergabung dan memperkenalkan WXV, kami mencipta platform untuk pasukan antarabangsa wanita bertanding secara lebih konsisten, berdaya saing dan mengadakan pertandingan mampan di tahap rantau dan global." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >