Bekas pemain pasukan bola sepak nasional, Rahmat Mawar telah meninggal dunia. Beliau berusia 81 tahun.
Pemain itu, yang terkenal sebagai pemain pertahanan berani yang garang menerkam lawan, menghembuskan nafas terakhir di hospital Woodlands Health Campus pada dinihari 29 Oktober.
Beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami radang paru-paru, menurut anak menantunya, Encik Hanif Abdul Rahman apabila dihubungi Berita Harian (BH) pada hari yang sama.
Menurut Encik Hanif, iaitu suami Cik Suraya Rahmat, anak sulung Allahyarham Rahmat, bapanya itu seorang yang pemurah dan amat disayangi.
“Ramai sahabat-handai mengunjunginya semasa beliau kurang sihat... di rumah, di hospital. Beliau juga amat menyayangi cucu-cucunya,” kata Encik Hanif.
Allahyarham Rahmat meninggalkan tiga anak perempuan dan 11 cucu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg