SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Raih pingat emas di gelanggang antarabangsa pertama

Raih pingat emas di gelanggang antarabangsa pertama

Mar 2, 2022 | 5:30 AM

Raih pingat emas di gelanggang antarabangsa pertama

TENANG TAPI MENYENGAT: Nadhrah (kanan) ketika beraksi dalam final acara tanding puteri A (45-50 kilogram) senior di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara Ahad lalu. - Foto-foto BH oleh ARIFFIN JAMAR
TENANG TAPI MENYENGAT: Nadhrah (kanan) ketika beraksi dalam final acara tanding puteri A (45-50 kilogram) senior di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara Ahad lalu. - Foto-foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -

MENONTON persembahan pesilat negara Nadhrah Sahrin Ahad lalu, tidak hairan jika seseorang mempunyai anggapan bahawa beliau seakan sudah biasa bersaing di pentas besar.

Remaja berusia 17 tahun itu kekal tenang namun tetap lincah mengorak langkah seterusnya untuk menyerang.

Ini walaupun seringkali diberi tantangan hebat oleh lawannya dari Malaysia, Nor Farah Mazlan, yang lebih berpengalaman.

Usaha mantap Nadhrah berjaya menghasilkan kemenangan 21-10 dalam final acara tanding puteri A (45-50 kilogram) senior sekali gus memberikan beliau pingat emas pertamanya dalam kejohanan serantau.

Alangkah mengejutkan apabila ditemui di Dewan Satu OCBC Arena selepas kejuaraan itu, Nadhrah mendedahkan bahawa Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara hujung minggu lalu merupakan gelanggang antarabangsa sulung beliau.

"Saya rasa sangat gementar sebab... ramai orang yang menonton.

"Ia kali pertama saya bertanding dalam final sebesar ini dan saya sebenarnya tidak dapat mengawal fikiran dan perasaan saya untuk fokus pada perlawanan.

"Mereka yang mengenali saya tahu saya tidak menunjukkan emosi di muka tapi sebenarnya, banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya," kata pelajar tahun pertama Diploma dalam Perniagaan di Politeknik Republic itu.

Meskipun masih setahun jagung dalam arena antarabangsa, Nadhrah menunjukkan kematangan dalam gelanggang.

"Saya tidak boleh membiarkan perasaan gementar mengawal diri saya," kongsi beliau sambil menekankan pentingnya untuk kekal tenang ketika bertanding.

Nadhrah, yang juga pernah bergiat dalam sukan tae kwan do di sekolah rendah sebelum beralih kepada silat pada usia sembilan tahun, mahu terus memperbaiki persembahan terutama corak permainannya.

Dengan kemenangan Ahad lalu, beliau kini menanti peluang untuk disertakan dalam skuad Singapura yang akan bertanding di Sukan SEA Mei ini.

Ditanya apakah harapan beliau sekiranya diberikan "lampu hijau" bersaing di pentas lebih besar seperti temasya sukan serantau itu, Nadhrah berkata:

"Meletakkan tekanan pada diri sendiri bukan sesuatu yang saya amalkan.

"Jika saya berikan yang terbaik saya, saya tidak akan kecewa tentang keputusannya.

"Tapi, kalau boleh, saya sasar menang pingat emas."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg