Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ramai adu kegencotan siaran langsung EPL oleh StarHub

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



KHIDMAT siaran langsung bagi perlawanan Liga Perdana England (EPL) oleh StarHub terus terganggu kelmarin, dengan beberapa pelanggan mengalami masalah gambar dan audio mutu rendah, siaran yang tersekat-sekat dan video yang 'terbeku'.



Ia adalah hari kedua berturut-turut keadaan itu berlaku pada hujung minggu pertama musim EPL bermula.



Beberapa pelanggan juga melaporkan menghadapi isu apabila cuba log masuk ke akaun masing-masing dan apabila cuba menghubungkan akaun langganan mereka dengan alat mudah alih.



Keluh-kesah pelanggan itu berulang hanya beberapa minggu selepas pelanggan melaporkan masalah yang sama semasa siaran langsung perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan Crystal Palace di Stadium Negara pada 15 Julai lalu.



Antara pelanggan yang terjejas adalah Encik Syam Roslan, 31 tahun, yang menghadapi pelbagai isu semasa menontong beberapa perlawanan EPL sejak Sabtu lalu.



"Saya rasa ada yang tak kena apabila menonton perlawanan Fulham dengan Liverpool kerana saya terpaksa tunggu begitu lama untuk menonton perlawanan di telefon bimbit. Semasa menonton pula, perlawanan yang disiarkan di saluran UHD (definisi ultra tinggi) agak gelap, manakala saluran definisi tinggi (HD) yang biasa pula berpiksel.



"Namun, isu yang lebih ketara bermula apabila saya cuba menonton perlawanan Tottenham Hotspur dengan Southampton di mana saya kerap mendapat mesej yag mengarahkan saya supaya menutup aplikasi (app) dan menghidupkannya semula," kata peminat kelab Chelsea itu, yang mengikat kontrak dua tahun dengan StarHub.



Menambah, beliau berkata menerima mesej itu setiap 30 saat hingga 1 minit, yang menjejas pengalaman menonton.



StarHub adalah penyiar rasmi EPL di Singapura selama enam musim.



Seorang lagi pengguna, Encik Shazni Azmi, juga mengalami isu yang sama Sabtu lalu dan memuat naik ke Facebook StarHub gambar tangkapan skrin dengan mesej yang menyatakan ada masalah dengan alat pemain video.



"Sila baiki (masalah) ini. Telah mengalami 20 minit yang teruk setakat ini. Audio tidak serentak, penstriman lembab dan banyak buffering (penimbalan). Sama di Wifi dan data StarHub. Kadang-kadang ia terhenti dan menunjukkan skrin ralat. Sangat mengecewakan," kata beliau.



Sekitar tengah malam pada Sabtu lalu, StarHub telah menerbitkan permohonan maaf di Facebook dan berkata ia sedang berusaha memperbaiki keadaan.



"Kami memohon maaf kepada pelanggan Premier+ kami atas pengalaman menonton Liga Perdana yang terganggu di TV+ hari ini. Kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh pelanggan kami dan mengakui kami telah gagal memenuhi jangkaan mereka. Pelanggan kami berhak mendapat layanan lebih baik daripada kami... kami memberi jaminan kepada mereka bahawa kami mengambil serius perkara ini dan sedang berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin," kata StarHub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >