Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BERITA SEDIH

Ramai lahir sedih kematian bakat muda MMA, Victoria Lee

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



UCAPAN takziah bagi atlet seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee, 18 tahun, yang meninggal dunia bulan terus mencurah-curah selepas berita terkejut itu didedahkan kakaknya hujung minggu lalu.



Lee, yang berpangkalan di Hawaii, tetapi bertanding di bawah bendera Singapura, meninggal dunia pada 26 Disember lalu. Punca kematiannya tidak didedahkan keluarga.



Kakaknya, Angela Lee, juara dunia kejohanan MMA One Championship dalam kategori atom, berkata:



"Beliau telah pergi terlalu awal dan keluarga kami terlalu berdukacita. Kami amat merinduinya. Keluarga kami tidak akan sama lagi. Hidup kami berubah buat selama-lamanya."



Satu acara bagi memperingati Lee telah dijadual pada 22 Januari.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) One Championships, Chatri Sityodtong, berkata Lee ialah seseorang yang bijaksana dan berhati mulia.



Beberapa atlet MMA lain juga menerbitkan salam takziah di media sosial.



Aung La Nsang dari Myanmar berkata:



"Hati saya remuk dan saya amat bersimpati dengan keluarga Lee yang amat saya hormati."



Atlet dari India, Ritu Phogat, pula berkata:



"Saya sedih mendapat berita ini. Salam takziah yang teramat dari kami sekeluarga... beliau begitu muda."



Lee dianggap sebagai antara atlet berbakat besar dalam MMA.



Pada perlawanan pertama di acara Fists of Fury di Stadium Tertutup Singapura pada Februari 2021, Lee, yang pada ketika itu masih berusia 16 tahun, menewaskan atlet Thai, Sunisa Srisen.



Menyusuli itu, beliau juga menang dalam dua lagi perlawanan.



Lee dilahirkan di Waipahu, Hawaii, kepada bapanya, warga Singapura, Ken Lee, dan ibunya, Jewelz Lee, yang berasal dari Korea Selatan dan Canada.



Angela dan seorang abangnya, Christian, dilahirkan di Vancouver Canada.



Christian juga seorang atlet MMA dan adalah juara dunia One Championships dalam acara light.



Keluarga itu menetap di Amerika Syarikat, tetapi adik-beradik Lee bertanding di bawah bendera Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >