Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

Ramsey tinggalkan Juventus

Jul 28, 2022 | 07:40 AM



LONDON: Aaron Ramsey telah meninggalkan kelab Serie A Juventus selepas kelab itu mengumumkan kontrak pemain asal Wales itu telah ditamatkan oleh kededua pihak.



Minggu lalu, Ramsey, 31 tahun, telah ditinggalkan di Italy apabila kelab itu berangkat ke Amerika Syarikat untuk mengadakan latihan pramusim.



Ramsey menyertai Juventus secara percuma pada 2019, dengan bekas pemain Arsenal itu mendapat gaji sekitar £400,000 ($669,000) seminggu



Namun, Ramsey dipinjamkan kepada kelab Scotland Rangers bagi separuh kedua musim 2021-22.



Ramsey kini bebas untuk mengikat kontrak dengan kelab lain, dengan pemain itu dikatakan terdesak mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama secara tetap menjelang Piala Dunia di Qatar pada hujung tahun ini.



Ramsey beraksi lima kali bagi Juventus pada musim lalu dan telah dikaitkan dengan kelab lamanya, Cardiff City, tetapi gaji beliau yang tinggi dianggap menjadi halangan.



Ini juga kerana beliau telah mengalami pelbagai kecederaan sejak beberapa musim lalu.



Minggu lalu, Ramsey digugurkan oleh pengurus Massimiliano Allegri daripada pasukan yang dianggotai Federico Chiesa, Mattia de Sciglio, Kaio Jorge, Arthur Melo, Marko Pjaca dan Adrien Rabiot.



Beliau tidak diberikan jersi pada musim ini, dengan jersi nombor lapan yang dimilikinya ditarik balik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >