Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Rangnick hadapi tugas mencabar tingkat corak permainan MU

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Bos baru Manchester United, Ralf Rangnick (gambar bawah), berdepan dengan tugas mencabar untuk menerapkan cara permainan yang sentiasa mengasak lawan, dengan skuad United dianggap tidak dianggotai pemain yang rela berbuat demikian, menurut pengamat bola sepak.



Rangnick, 63 tahun, telah diumumkan sebagai pengurus sementara yang baru di Old Trafford sehingga akhir musim ini, dan menyusuli itu, dijangka mendukung jawatan sebagai konsultan bagi United selama dua tahun lagi.



Beliau akan memulakan tugasnya di Old Trafford dengan sekumpulan kecil staf dari Lokomotiv Moscow yang mengiringinya, tetapi dijangka akan mengekalkan khidmat pasukan kejurulatihan United yang sedia ada, termasuk Michael Carrick, yang memimpin United bagi dua perlawanan sejurus pemecatan Ole Gunnar Solskjaer bulan lalu.



Bercakap kepada media buat julung-julung kali selepas pelantikan rasminya itu, Rangnick berkata:



"Saya teruja dapat menyertai United dan kini menumpukan perhatian untuk menjadikan musim ini suatu yang berjaya.



"Skuad United dipenuhi pemain yang berbakat dan mempunyai keseimbangan yang baik antara pemain yang berpengalaman dan pemain muda.



"Semua usaha saya bagi tempoh enam bulan akan datang adalah untuk membantu pemain-pemain ini memenuhi potensi, kededua secara individu dan lebih penting lagi, sebagai sebuah pasukan."



Perlawanan pertama Rangnick sebagai pengurus United - yang kini menduduki tangga kelapan dalam Liga Perdana England - adalah pertemuan dengan Arsenal lusa ini, jika permit kerja beliau diluluskan.



Jika tidak, Carrick akan terus memimpin pasukan bagi perlawanan itu, kata United dalam kenyataannya.



Rangnick mempunyai reputasi yang disegani di Jerman, dengan kededua pengurus Chelsea Thomas Tuchel dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata beliau seorang pengurus dan jurulatih bola sepak yang hebat.



Rangnick, yang disifatkan sebagai perintis cara permainan 'geigenpressing' - iaitu mengasak pemain lawan sejurus selepas kehilangan bola - memimpin kelab kerdil untuk meloncat ke Bundesliga sebelum meraih kejayaan dengan Stuttgart, Hannover, Hoffenheim, Schalke dan RB Leipzig. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >