Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangnick: Kekalahan Man U satu penghinaan

Apr 20, 2022 | 6:23 PM
RAIKAN GOL: Pemain Liverpool meraikan gol pertama pasukan mereka semasa perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Manchester United di Anfield
RAIKAN GOL: Pemain Liverpool meraikan gol pertama pasukan mereka semasa perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Manchester United di Anfield - AFP

LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick, menyifatkan kekalahan besar kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) di Anfield bak satu penghinaan. Liverpool, yang sedang memburu kejuaraan liga, membelasah United 4-0 untuk meloncat atas Manchester City ke puncak liga. Ini sebelum City beraksi menentang Brighton awal pagi Khamis (21 Apr). Kekalahan itu bermakna United terlepas peluang untuk mengutip sama mata dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat, dalam persaingan bagi tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Sebaliknya, United jatuh ke tangga keenam. "Ia memalukan, mengecewakan, mungkin juga satu penghinaan," kata Rangnick, apabila diminta mengulas mengenai keputusan itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg