Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Rangnick: Kontrak Pogba bukan satu isu, Sancho perlu sedikit masa

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick, berkata Paul Pogba akan terus beraksi dalam pasukannya meskipun bintang midfield Perancis itu mungkin mahu meninggalkan kelab tersebut.



Bahkan, Rangnick secara terus terang berkata Pogba, yang kembali berlatih Isnin lalu setelah pulih dari kecederaan yang dialaminya sejak November lalu, boleh memanfaatkan peluang itu untuk menarik perhatian kelab-kelab terkemuka dunia untuk menawarkannya kontrak lumayan.



Kontrak pemain berusia 28 tahun itu bakal tamat pada hujung musim ini dan beliau telah pun dikaitkan dengan pemindahan ke kelab juara Perancis, Paris St-Germain (PSG).



Rangnick berkata Pogba bertekad mahu menunjukkan kepada penyokong United bahawa beliau adalah pemain penting.



"Meskipun kalau motivasi beliau untuk bermain dengan baik ialah untuk mendapatkan kontrak di kelab lain, saya pasti ia adalah satu motivasi bagi beliau, justeru mengapa pula saya tidak mahu membenarkan beliau beraksi dalam pasukan kami?"



Menurut Rangnick lagi, beliau optimis bahawa Pogba sudah bersedia sepenuhnya untuk diturunkan dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Middlesbrough pada 4 Februari ini, sambil menambah beliau tidak pasti berkaitan kedudukan perbincangan kontrak baru pemain itu dengan pihak kelab.



"Anda harus ingat, kontrak saya sebagai pengurus juga berakhir akhir musim ini," kata Rangnick kepada wartawan dalam sidang medianya.



"Jadi kami mempunyai matlamat yang sama... untuk berjaya di padang sebaik mungkin dalam tempoh tiga atau empat bulan akan datang.



"Bagi saya, ia bukanlah satu isu jika kontrak pemain itu akan tamat. Isunya ialah kesungguhan pemain itu untuk terus berjuang dengan pasukan ini... dan bagaimana keadaannya secara emosi dan fizikal," tambah beliau.



Sementara itu, Rangnick juga menyentuh persembahan pemain sayap England, Jadon Sancho, yang sejauh ini belum lagi menunjukkan tahap persembahan yang dijangkakan daripada beliau, dengan hanya menjaringkan satu gol dalam 17 perlawanan.



Pemain berusia 21 tahun itu berpindah dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, dan menurut Rangnick beliau masih lagi menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana yang lebih fizikal.



"Ia juga mengenai tekanan yang lebih tinggi (di United).



"Di Jerman, beliau bermain dengan kelab yang merupakan antara terbesar di negara itu, namun secara keseluruhan, liga ini (EPL), pertandingan ini lebih fizikal dan mempunyai tuntutan yang lebih tinggi ke atas pemain," ujar beliau.



Pengurus itu menambah: "Setiap kali saya melihat beliau semasa latihan, Jadon menunjukkan bahawa beliau adalah antara pemain terbaik dalam liga ini. Jadi sekarang, beliau harus memindahkan persembahannya di padang latihan kepada perlawanan-perlawanan kami." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >