Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Rangnick pengurus sementara Man United

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Warga Jerman Ralf Rangnick, 63 tahun, disahkan sebagai pengurus sementara di Manchester United.



Kelab Liga Perdana England itu mengesahkan Rangnick, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow, sebagai pengganti jangka pendek Solskjaer.



Michael Carrick mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati, tetapi kelab mahu membawa pengendali lebih berpengalaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini.



Rangnick tidak akan mengambil alih kepimpinan pasukan bagi perlawanan penting dengan Chelsea dalam Liga Perdana England (EPL) pada hujung minggu ini, kerana permit kerja beliau masih belum diluluskan pihak berkuasa.



Menurut laporan BBC, United telah mencapai persetujuan dengan Rangnick, tetapi belum berbuat demikian dengan Lokomotiv Moscow, di mana beliau kini bertugas sebagai ketua sukan dan pembangunan.



Rangnick mempunyai reputasi yang disegani sebagai jurulatih di Jerman selepas tempoh kepimpinan yang berjaya di Stuttgart, Hannover, Hoffenheim, Schalke dan RB Leipzig.



Beliau juga dilantik sebagai ketua bagi beberapa kelab bola sepak yang dimiliki Red Bull Group, dan kini berada di Moscow.



Beliau berminat menyertai United, tetapi hanya mahu memberi komitmen sehingga akhir musim.



Difahamkan, pemimpin kanan dalam lembaga United yakin dengan keupayaan Rangnick menyusun strategi jangka sederhana bagi kelab itu, dari segi teknikal dan struktur.



United terdesak mendapatkan pengurus baru selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer Ahad lalu, selepas pasukan itu tewas 1-4 kepada Watford.



Tempoh kepimpinan Solskjaer, yang bertaraf legenda di Old Trafford kerana sumbangannya sebagai pemain, berakhir selepas tiga tahun tanpa sebarang trofi.



Pelantikan Rangnick diharap membuka laluan bagi United meraih kejayaan sekali lagi.



Rangnick memenangi Piala Jerman dengan Schalke pada 2011 dan pada 2019, memimpin RB Leipzig ke final pertandingan yang sama.



Beliau juga memimpin Schalke ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2011-11, di mana pasukan itu tewas 1-6 melalui agregat kepada United.



Menyusuli itu, United tewas kepada Barcelona di final.



Buat masa ini, United berada di tangga ke lapan dalam EPL dan penolong jurulatih Michael Carrick ditugaskan memimpin pasukan sehingga pengurus sementara dilantik.



Sebelum ini, pengurus Paris Saint Germain Mauricio Pochettino juga difahami berminat menyertai United sebagai pengurus, tetapi United dikatakan enggan mengadakan perbincangan yang berpanjangan dengan kelab itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >