Topik diikuti
Pergi ke BHkuRangnick tidak teruskan peranan konsultan United
Rangnick tidak teruskan peranan konsultan United
Rangnick tidak teruskan peranan konsultan United
LONDON: Ralf Rangnick tidak akan meneruskan peranannya sebagai konsultan Manchester United selepas tempoh khidmatnya selama enam bulan sebagai pengurus sementara tamat, dedahnya dalam satu sidang media baru-baru ini.
Katanya, ini kerana tugasnya sebagai jurulatih nasional Austria memerlukan tumpuan khusus.
Rangnick bersetuju untuk berkhidmat sebagai konsultan selama dua tahun dan mengesahkan bulan lalu bahawa beliau akan kekal dengan Manchester United meskipun dilantik sebagai pengurus Austria.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ralf Rangnick atas sumbangannya sebagai pengurus sementara sepanjang tempoh enam bulan lalu," kata United dalam satu kenyataan.
"Melalui persetujuan bersama, Ralf kini akan memberikan tumpuan khusus kepada peranan baru sebagai pengurus pasukan nasional Austria dan untuk itu tidak akan terus berkhidmat sebagai konsultan di Old Trafford.
"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ralf dalam babak baru kerjayanya ini."
United menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana England di bawah Ragnick, yang mengambil alih selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat November lalu.
Semasa ditanya media, bos baru pasukan itu, Ten Hag berkata beliau tidak akan mengambil alih peranan Rangnick dengan kelab itu. - Reuters.
