Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA

Rashford bantu United benam Forest 3-0

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Marcus Rashford meneruskan kadar jaringan gol hebat bagi Manchester United apabila beliau membantu pasukannya menewaskan Nottingham Forest 3-0 untuk mara semakin hampir ke final Piala Liga musim ini.



Rashford menjaringkan gol menerusi gerakan solo yang hebat pada minit keenam untuk membuka tirai jaringan bagi United dalam separuh akhir pertama kelmarin, di stadium City Ground.



Pemain terbaru United, Wout Weghorst menjaringkan gol kedua sejurus sebelum waktu rehat - gol pertamanya bagi pasukan - dan Bruno Fernandes menjamin kemenangan dengan gol ketiga untuk memberikan kelebihan besar bagi anak didik Erik ten Hag menjelang separuh akhir kedua di Old Trafford pada minggu depan.



Ini bermakna Rashford telah menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan domestik sejak pulang dari Piala Dunia Qatar.



Ia juga adalah gol kelima bagi Rashford dalam pertandingan ini, yang bermakna beliau kini mendahului senarai penjaring gol terbanyak.



Kemenangan itu disambut dengan girang oleh Ten Hag, yang menumbuk udara dengan gembira selepas Fernandes menjaringkan gol ketiga.



Dengan laluan ke final kini cerah, United berpeluang mengakhiri kemarau trofi yang telah melanda Old Trafford sejak 2017.



Sementara itu, Forest terpaksa menggigit jari selepas peluang mereka memenangi trofi hangus.



Anak didik Steve Cooper beraksi dengan berani, tetapi tidak berdaya membendung pemain United yang terlalu gagah dalam perlawanan ini.



Akhirnya mereka tewas kepada pasukan United yang bermain dengan penuh disiplin dan prestasi Rashford yang menyerlah sepanjang perlawanan.



Malah, gol yang dijaringkan oleh Rashford itu kini dibandingkan dengan cara bekas pemain United, Ryan Giggs menjaringkan gol dalam Piala FA di Villa Park pada 1999.



Pada ketika itu, Giggs berlari dari bahagian padang sendiri untuk menggelecek bola melepasi terkaman beberapa pemain Arsenal sebelum merembat bola ke dalam jaring dalam separuh akhir Piala FA.



Rashford tidak meraikan gol itu seperti Giggs - membuka jersi dan memutarkannya bak sayap helikopter di udara - tetapi cara beliau memperdayakan benteng pertahanan Forest adalah serupa dengan aksi Giggs pada 1999.



Kelmarin, Rashford menerima hantaran Casemiro dari bahagian padang United dan berlari pantas memasuki petak penalti Forest, sebelum melepaskan rembatan yang memperdaya penjaga gawang Forest.



Kebangkitan United, terutama selepas Piala Dunia ini telah berlaku selaras dengan kebangkitan Rashford, yang dikeluarkan oleh Ten Hag dengan permainan berbaki 30 minit.



Hanya Erling Haaland, dari Manchester City telah menjaringkan lebih banyak gol daripada Rashford pada musim ini, yang memberikan Rashford bahan untuk memulakan rundingan dengan United bagi kontrak baru, dengan kontraknya di Old Trafford dijadual luput dalam masa 18 bulan.



Di akhir perlawanan, Ten Hag berkata:



"Adalah susah untuk membendung Marcus pada masa ini, ketika beliau beraksi dengan begitu baik.



"Sebenarnya, saya begitu senang hati dengan pemain lain juga, kerana mereka bermain dengan baik, tapi Marcus antara pemain yang membuat saya begitu gembira."



Cooper pula berkata:



"Rashford salah seorang pemain yang berada dalam form baik pada masa ini dan saya kecewa kerana kami memberinya terlalu banyak ruang untuk menunjukkan kecekapannya.



"Saya akur United beraksi dengan baik malam ini, tetapi kami seharusnya boleh menjaringkan gol." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >