Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU ENGLAND LWN WALES

Rashford kembali yakin, England ungguli kumpulan

Jaring dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Wales
Dec 01, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN England dan juga Manchester United, Marcus Rashford, pernah melalui perjalanan pelbagai liku yang panjang untuk memperbaiki keyakinannya yang agak merosot sebelum ini.



Penyerang itu khususnya bergelut dengan prestasinya di United musim lalu yang jauh daripada potensi bakat sebenarnya.



Namun, pada pertandingan Piala Dunia di Qatar, pemain muda itu itu bak seperti seseorang yang telah melepasi perjalanan perit itu dengan memberi inspirasi kepada England untuk mara ke pusingan 16 terakhir.



Tanda pemulihan kian dikesan di bawah pengurus baru United, Erik ten Hag, musim ini. Dan England menikmati manfaatnya apabila mereka mencipta kemenangan 3-0, sekali gus menyingkirkan Wales di Stadium Ahmad bin Ali kelmarin.



Rashford membawa ke Qatar prestasi baik yang menjadikannya penjaring terbanyak United musim ini dengan lapan gol.



Pada perlawanan pembukaan menentang Iran, penyerang itu memberi kesan serta-merta dengan menjaringkan gol beberapa saat selepas masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 6-2.



Beliau juga menunjukkan persembahan menyerlah dan menjaringkan dua gol semasa perlawanan Wales dan kini England bersiap bagi berentap dengan Senegal Ahad ini. Ia juga detik peribadi penting Rashford.



"Saya kehilangan seorang kawan saya beberapa hari lalu. Dia melawan barah agak lama. Saya gembira saya menjaringkan gol untuknya. Dia penyokong besar dan kawan baik saya. Dia banyak menyokong saya dalam hidup saya," ujarnya.



Semasa perlawanan Wales, Rashford disertakan dalam kesebelasan utama tatkala pengurus England Gareth Southgate merombak skuad-nya, dan beliau bermain dengan cemerlang, sekali gus meletak dirinya dalam persaingan serius bagi tempat permulaan menentang Senegal.



Kedudukan Raheem Sterling, yang prestasinya di Chelsea agak tidak menentu, mungkin terancam walaupun Southgate sangat mengagumi apa yang dibawa pemain itu kepada skuad England dan tidak akan mengenepikannya begitu sahaja.



Yang penting, pemulihan keyakinan Rashford tiba tepat pada masanya dan membantu England mengungguli Kumpulan B dan kini bersedia bagi ujian lebih sukar di depan.



Dalam perlawanan menentang Wales itu, Rashford terlepas peluang pada separuh masa pertama apabila Harry Kane merintis peluang untuknya, namun pemain itu tetap menjadi kunci utama peningkatan tempo permainan England pada permulaan separuh masa kedua.



Beliau menunjukkan keyakinan tinggi untuk menjaringkan gol pertama melalui sepakan percuma.



Selepas Phil Foden menjaringkan gol kedua England, penyerang United itu sekali lagi menjaringkan gol setelah melakukan larian pantas di tengah-tengah pertahanan Wales.



Gol itu memang ada elemen nasib, namun satu ganjaran kepada Rashford, yang kini mempunyai rekod 15 gol bagi England daripada 49 perlawanan, dengan 22 perlawanan sebagai skuad kesebelasan utama.



Gol Rashford juga adalah gol ke-100 England di Piala Dunia dan menjadikannya pemain kedua Uni-ted menjaringkan tiga atau lebih gol dalam kejohanan dunia itu, selepas Sir Bobby Charlton pada 1966.



"Detik seperti inilah alasan saya bermain bola sepak," kata Rashford.



"Saya sangat gembira dapat melangkah ke pusingan seterusnya kejohanan ini, kerana saya mempunyai cita-cita besar bagi pasukan ini. Saya rasa kami boleh pergi lebih jauh."



Bahagian pertama misi England di Qatar telah tercapai. Kini Senegal menanti Three Lions.



Dan Rashford boleh menjadi pengaruh besar dalam membantu England menempuh ujian daripada juara Afrika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >