Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Rashford raikan gol ke-100 bagi Man United

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Gol ke-100 Marcus Rashford buat Manchester United cukup untuk menewaskan West Ham United 1-0 kelmarin dan memberikan penghormatan yang sesuai sempena ulang tahun ke-85 khas kelab Old Trafford itu.



Sepanjang 4,163 perlawanan berturut-turut sejak 1937, United tidak putus-putus mempunyai pemain yang datang melalui program pembangunan remaja mereka sama ada dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan.



Rashford ialah yang terbaik dalam kalangan mereka dan pemain antarabangsa England itu meledakkan gol kemenangan menentang West Ham yang memberikan saingan hebat di Old Trafford.



Penyerang berusia 24 tahun itu menanduk kencang golnya tujuh minit sebelum rehat - menyambut hantaran silang hebat dari Christian Eriksen, menjadikan Rashford pemain United yang ke-22 untuk mencapai 100 gol.



Rashford, yang golnya itu tiba sehari sebelum hari lahirnya yang ke-25, memilih masa yang baik untuk membangkitkan prestasinya memandangkan Gareth Southgate bakal memilih skuad Piala Dunia Englandnya pada 10 November.



"Ia terasa begitu indah. Sudah lama saya memikirkan saat ini. Saya menanti ketibaannya dan akhirnya ia berlaku hari ini," kata Rashford.



"Saya rasa saya perlu menjaringkan lebih banyak gol seperti itu dan terus berada dalam kawasan itu. Menjaringkan gol adalah penting, tidak kira sama ada Gareth Southgate menyaksikannya atau tidak."



Pengurus United, Erik ten Hag, menjangkakan lebih banyak pencapaian daripada Rashford pada akan datang.



"Apabila anda berjaya menjaringkan 100 gol sebelum anda mencapai usia 25 tahun, anda sudah berada di tahap yang tinggi," ujar Ten Hag. "Tetapi saya rasa Rashford tidak akan berpuas hati dengan itu sahaja.



"Ia mengenai berapa banyak trofi yang anda menang bersama kelab anda. Saya rasa dia boleh meningkatkan lagi permainannya. Tandukannya perlu diperbaiki dan dia berusaha, dan anda boleh melihat apa yang berlaku."



Dalam saat-saat akhir perlawanan yang mendebarkan, David de Gea juga muncul sebagai wira pasukan apabila bertindak cemerlang untuk menyelamatkan percubaan Michail Antonio dan Kurt Zouma daripada membolos gawangnya.



Kemenangan United kelmarin cukup untuk meneruskan prestasi tanpa kalah mereka kepada lapan perlawanan dan menaiki tangga kelima Liga Perdana England (EPL).



Sementara itu, persembahan liga tidak konsisten West Ham menyaksikan pasukan itu di tangga ke-13, hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.



Dalam perlawanan lain kelmarin, Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui liga dengan membelasah Nottingham Forest 5-0.



Nelson diperkenalkan buat pertama kali dalam saingan liga musim ini selepas Bukayo Saka terpaksa dikeluarkan. Saka membantu gol pembukaan Gabriel Martinelli pada minit kelima sebelum digantikan akibat kecederaan buku lali.



Nelson meledak gol liga pertamanya sejak Julai 2020 di awal babak kedua, dan menambah jaringan tiga minit kemudian sebelum mengumpan bola untuk gol Thomas Partey.



Martin Odegaard melengkapkan kemenangan Arsenal ketika permainan berbaki 13 minit.



Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta merebut semula tangga teratas EPL - dengan kelebihan satu mata ke atas juara bertahan, Manchester City. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >